Assalamu’alaikum…

Selamat pagi semua, dah makan?.. Okey entry untuk kali ni saya cuma nak share resepi Tenggiri Asam Daun Kari yang ringkas, mudah dan cepat disediakan. Kalau kita sebut kari, mesti terbayang bau haruman rempah ratus yang menggoda, bau haruman daun kari rasa kelemakkan kuah yang bergabung dengan rasa pedas, masam dan rasa rempah yang unik.

Selain kari ayam dan daging, kari ikan juga tidak kurang hebatnya. Bergantung pada ikan itu sendiri, jika ikan segar dari laut, kari akan jadi lebih sedap. Kepelbagaian boleh kita buat dengan menambah sayur-sayuran dalam dia. Satu lagi, perihal asam, ada yang guna asam jawa, ada juga yang guna asam gelugor. Yang ini pun terpulang. Hari ni saya guna asam jawa.

Ikan kembung mengandungi protein, asid lemak omega 3, dan zat makanan lain. Ikan kembung yang memberi manfaat kepada badan seperti merendahkan tekanan darah tinggi, mencegah sel-sel kanser, dan mencegah penyakit jantung. Lemak Omega 3 diperlukan oleh badan kita tetapi badan tidak dapat mengemukakannya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 keping ikan tengiri – dalam 8 keping
  • 1 labu bawang besar* – saya lebihkan
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris ) – lebihkan dalam 3 biji lada hijau 4 biji lada merah
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Sedikit daun kari – dalam 4-5 pelepah
  • Garam, perasa, air asam jawa

Cara Membuat:

  • Bersihkan ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit, masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi, tumis hingga layu.
  • Masukkan lada, serai, daun kari, garam, perasa dan air asam.
  • Biarkan sebentar, baru masukkan ikan tadi.
  • Kalau suka berkuah agak-agak hampir pekat matikan api.
  • Siap hidang untuk keluarga tercinta dan tersayang dirumah.

Beberapa Faedah Ikan Tenggiri untuk Kesihatan:

  1. Ia mengandungi nutrien yang baik untuk badan, bagi anda yang suka untuk mengambil ikan kepala adalah sangat baik untuk badan kerana mendapat sebuah tambahan pengambilan iodin serta membantu untuk memenuhi keperluan Tiroid di dalam badan selain ikan juga mengandungi gelatin yang berguna untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
  2. Meningkatkan kesihatan otak, untuk kanak-kanak yang berada dalam tempoh pertumbuhan atau untuk golongan dewasa mengambil ikan dua kali seminggu boleh membantu memperbaiki fungsi otak, kerana ikan mengandungi asid lemak Omega 3 yang baik untuk meningkatkan Kesihatan otak.
  3. Mengurangkan risiko kanser, kanser adalah satu penyakit yang dahsyat kerana ia boleh menyebabkan kematian, dengan rutin mengambil makanan haiwan seperti ikan yang sangat baik untuk mencegah berlakunya kanser seperti kanser mulut, kanser esofagus, kanser ovari, kanser kolon dan kanser prostat.

Pada dasarnya manfaat dan kandungan nutrien ikan mackerel adalah sangat baik bagi pertumbuhan. Paling penting anda perlu menggunakannya secara kerap. Walaupun ke pelbagai nasihat yang sewajarnya, kerana ikan ini mempunyai daging yang tebal dan lazat dan berbau segar. Harap artikel ini berguna dan selamat mencuba.

Read More: Resepi Sotong Masak Kicap Paling Mudah dan Sedap

Tenggiri Asam Daun Kari Bersama Faedahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *