Assalamu’alaikum…

Dah makan ke?? saya hari ni masak cepat cikit, maklumlah hari yang busy. Nanti suami balik makan tengahari pas tu terus nak gi sembagyang. So kena masak awal. Hari ni saya nak masak Sotong Sumbat Kelapa. Kalau dapat sotong yang besar, boleh bakar je. Klau kita nak bakar tak yah le gunakn tepung tu. Siap sumbat kelapa kat sotong. Alas ngan daun pisang terus bakar. Kalau versi goreng boleh le kita salutkan ngan tepung.

Menu untuk hari ni simple aje, yang penting sedap! saya suka, suami suka dan anak-anak suka. Masa gi pasar ari tu nampaklah orang jual sotong besar-besar geramnyer tengok. Saya pun beli lah 3 ekor. Wah! 3 ekor pun dah besar dah tu. Masa tu dalam kepala memang nak buat sotong sumbat aje. Ni kalau sumbat mesti montel-montel sotong ni. hihi… Ayak liur pun dah ngencis-ngencis. Teringat kat kuah sotong ni yang pekat dan berbau harum. Makan pulak dengan nasi panas-panas pasti terangkat. Uuuh! tak sabar nak masak.

Hari ni warghhh!!! dapat makan lauk kesukaan ku ini. Jom masuk dapur saya main masak-masak, apa nak tolong masak??? sila angkat tangan macam sotong. hehe… Okey…jomlah saya ajar secara teori macam mana nak sediakan menu kali ni. Tak susah pun sebenarnya. Tapi kalau dapat fokus kat dapur tanpa gangguan, cepat jer dah siap.

Artikel Lainnya:

Sotong Sumbat Kelapa

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong yang besar
  • 1/2 biji kelapa parut – ambil putih sahaja
  • 1 batang serai – dikisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 inc halia – dikisar
  • 5 tangkai cili kering – direndam hingga lembut dan dikisar
  • 4 ulas bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • Secubit garam
  • Sedikit air asam jawa

Cara-cara:

  • Sotong dicuci tetapi jangan dibuang kepalanyer.
  • Cili kering, serai, halia, bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
  • Kemudian gaulkan dgn kelapa parut.
  • Tambahkan air asam, garam dan serbuk jintan manis. kacau rata.
  • Setelah itu sumbatkan kedalam sotong kemas-kemas dan masukkan semula kepala sotong dan disemat semula kemas-kemas dengan lidi. Ketepikan

Kuah Sotong

Bahan-bahan:

  • 1 gengam cili kering – direndam hingga lembut dan dikisar
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 helai daun limau perut dihiris
  • 1 helai dau kunyit – dimayang halus
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  • Kemudian tumis dalam kuali hingga garing dan harum.
  • Masukkan serai yg dititik. dan masak hingga kuah agak kering.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan air asam. Biar ia didih. masukkan daun limau perut, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah kuah didih dan pecah minyak masukkan sotong dan masak lagi hingga sotong benar-benar masak dan empuk.
  • Biarkan hingga kuahnyer pekat sedikit. Setelah sesuai rasanyer bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Terima kasih banyak telah sudi berkunjung dalam blog saya ini. Semoga apa yang sudah dikongsikan boleh berikan manfaat untuk semua. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Ikan Sambal Bunga Kantan yang Sedap Sangat

Sotong Sumbat Kelapa yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *