Assalamu’alaikum…

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. Masak sambal tumis sotong dengan petai ni dah lama. hihihi… Ini gara-gara ada petai yg dijual lelong gitu. Murah weyyyy, 10 papan RM5.00. Jadi dah laki bini suka sangat petai, teruja lah membelinya. Pastu adik tu extra lagi 2 papan, apa lagi pesta menu petai lah kami minggu tu hahaha… Resepinya sama jer macam sambal tumis sotong tu je kekawan, cuma tambah petai jer kan.

Sambal tumis sotong dicampur petai, hidangan makan tengah hari untuk keluarga. Amat berselera sekali anak-anak makan hari ini. Tengah hari, petang, dan malam, asyik rasa lapar, minta nak makan nasi aje bila ibunya masak lauk favourite nya. Sejak cuti sekolah ini bertambah-tambah montel. Ibunye pun tak boleh masak sedap-sedap sangat, nanti baju sekolah tak muat pulak.

Tapi tak pelah, sekarang ini bukan tiap-tiap hari saya meluangkan masa di dapur. Hanya hujung minggu sahaja. Hari-hari yang lain Chef Junior yang masak untuk adik-adiknya. Alhamdulillah, legalah sikit saya. Tak nak celoteh panjang, jom terus ke resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong saiz kecil
  • 2 papan petai
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

Bahan Kisar Halus:

  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1/2 inci belacan

Cara Membuatnya:

  • Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, cuci dan toskan, tak perlu kerat (kalau anda guna sotong besar, perlu dikerat pada saiz sederhana). Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  • Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah.

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi¬†Sotong Sambal Petai ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah saya sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Menccuba…

Read More: Resepi Sambal Budu yang Patut Cuba

Sotong Sambal Petai Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *