Assalamu’alaikum…

Sotong Masak Kari yang Sedap dan Mudah – ‘Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi’ lana min amrina rashada’ (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi – ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama-sama kita amalkan selalu. Semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Aameen…

Selamat malam kepada pengunjung setia Resepi Masakan Ikan. Tengahari tadi saya singgah di rumah Faridah, dan terpikat pula dengan sotong masak karinya. Kata Faridah, resepi ini diwarisi daripada Yana MYR. Saya belum sempat lagi berkenalan dengan Yana. Nanti, insya-Allah ada rezeki say akan berkunjung ke rumahnya pula. Terima kasih ye Faridah kerana memberikan idea untuk saya mencuba resepi ini.

Oleh sebab perut-perut sotong penuh dengan telur, jadi saya hanya kerat separuh sahaja dan tak sampai bawah, jadi potongan itu tidak kembang. Kepada peminat sotong tentu tak mahu lepaskan peluang makan telurnya kan, biarlah dia duduk dalam perut ibunya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  • Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah sajian menu seharian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Resepi Sotong Masak Merah Paling Mudah dan Sedap

Sotong Masak Kari yang Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *