Assalamu’alaikum…

Saya sekeluarga memang suka makan Sambal Tumis Ikan Bilis. Lebih-lebih lagi di campur dengan kentang yang di hiris nipis dan di goreng garing. Stock ikan bilis memang sentiasa ada aje dalam peti ais. Kekadang anak saya, Aisyah akan mintak di buatkan sambal gesek, favourite dia tu. tu yang ikan bilis memang sentiasa ada aje. Lauk sambal tumis ikan bilis nie, memang dah serasi dengan kami satu famili. Tapi kali nie saya guna ikan bilis nipis. Ikan bilis nie besar dari biasa. Bila di goreng, ranggup nya macam keropok. Lepas sekeping-sekeping masuk mulut, tak sedar dok meratah. hehehe…

Actually saya tak tau apa nama nak di panggil ikan bilis nie. Kalau ikut kat paket ikan bilis tu, cuma di sebut ikan bilis istimewa hahaha… pelik la pulak… So saya tanye kat maid, kalau kat medan ikan bilis nie di panggil apa? ia cakap ni ikan bilis nipis, tak der tulang. Jadi saya ikut je lah, panggil nie ikan bilis nipis.

Hari nie saya masak lambat sikit, sebenarnya bukan lambat sikit, lambat banyak. hahaha… Lambat sampai ke rumah selepas balik dari majlis penyampaian anugerah cemerlang untuk pelajar yang berjaya. Menyinggah mencari barang lagi, tu yang lewat sampai ke rumah. Bila dah lewat masak cam nie memang senang dan cepat. En abang pun kata sedap hehehe… senang hati kita. kihkihkih… Jom layan resepinya, memang mudah dan senang…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 keping asam/ air asam jawa
  • 1 mangkuk ikan bilis – digoreng sampai layu
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1/2 mangkuk cili kisar atau 22 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar
  • Sedikit gula merah – opsyenal
  • Garam secukupnya

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji bawang besar
  • 1 biji buah keras – opsyenal
  • Sedikit ikan bilis mentah
  • Sedikit belacan bakar – opsyenal

Cara-Cara Membuat:

  • Pertama, panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga harum. masukan cili kisar dan tumis dengan api kecil supaya tidak hangit dan betul-betul masak.
  • Bila cili dah terbit minyak dan benar-benar masak, masukan sedikit garam dan gula untuk menggaringkan sambal dan masukan sedikit air
  • Kemudian, baru dimasukan bawang besar hiris, gula merah, gula, sedikit garam, dan asam keping.
  • Terakhir, baru masukan ikan bilis biarkan merenih lama-lama sehingga sambalnya terbit minyak dan agak pekat. bila dah masak boleh langsung dihidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi sambal tumis ikan bilis nie?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi hidangan harian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sotong Bakar yang Simple dan Paling Lazat

Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap dan Mudah yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *