Assalamu’alaikum…

Hari ni saya kongsikan Resepi Udang Lemak Galah Masak Lemak Dengan Nenas, yang biasa menjadi hidangan orang-orang peranakan. Udang Galah Masak Lemak Dengan Nenas mereka tak lari jauh dari masakan orang melayu. Masih ada yang tanya orang peranakan baba nyonya ni muslim ke..melayu ke?…Mereka ni orang cina tapi zaman dulu kala (ratusan tahun dulu) mereka berdagang dan mencari rezeki diluar negara mereka dan kebanyakkan bermastautin di asia tenggara terutama Melaka, Singapura, Indonesia dan Selatan Thai. Dan ada yang berkahwin dengan orang tempatan. Maka berlakulah evolusi dalam budaya kehidupan mereka.

Cara pakai, cara makan, cara hidup dan percakapan (bahasa melayu – baba) dipengaruhi budaya melayu. Tapi ugama mereka masih kekal ugama asal (buddha dan sebagainya). Ada yang bertukar ke ugama Islam dan Kristian mengikut peredaran masa dan perkahwinan. Tapi peranakan di Penang berbeza kerana mereka bercampur dengan orang Thai atau Myanmar, percakapan lebih banyak menggunakan dialek Hokkien dan makanan mereka juga ada pengaruh Thai.

Berbalik pasal resepi hari ni, jika anda nak masak, seelok-eloknya masak awal sedikit dan lauk macam ni sedap dimakan setelah dibiarkan 3-4 jam. Selain udang anda boleh guna ketam kalau berani, gantikan dengan sotong pun boleh. Rahsia masak lemak yang sedap sudah pasti terletak pada santannya. Jika guna santan kotak, rasa dia ok tapi tidaklah seenak santan segar. Selain itu udang harus segar dan nenas tu dapatkan yang manis, saya guna nenas Sarawak yang memang ada tanam sendiri kat rumah.

Menu Udang Galah Masak Lemak Dengan Nenas ini, boleh juga digandingkan dengan telur dadar cencalok, sambal belacan dan ulam-ulam, tak lupa nasi panas. Boleh bayangkan tak kesedapannya…peerrgghhh, jika ada masa sudi-sudikan mencuba, Insha Allah tak menghampakan. Jom tengok resepi berikut…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor udang galah saiz besar
  • 1 biji saiz sederhana nenas madu (atas sebarang nenas)
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 15 biji cili padi kampung warna hijau
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 keping hirisan nenas

Cara Membuat:

  • Udang dibersihkab, buang kaki-kaki kecilnya. Gunting bahagian tajam di kepala udang, buang kotorannya, cuci dan bersihkan. Buat hingga siap dan ketepikan.
  • Nenas dikupas, kemudian hiris sederhana tebal dan ketepikan.
  • Masukkan udang ke dalam periuk bersama serai dan bahan-bahan kisar halus.
  • Kacau dan masak hingga mendidih dan udang berubah warna.
  • Tuang santan cair, masukkan asam gelugor dan biar masak hingga menggelegak, kecilkan api. Tambah nenas dan masak sekejap.
  • Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau sentiasa dan biar mendidih.
  • Masak dengan api kecil hingga nenas lembut sedikit.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap dan Ringkas

Resepi Udang Galah Masak Lemak Dengan Nenas Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *