Assalamu’alaikum…

Rencana esok hari nak cuba masak Resepi Tomyam Campur Pekat yang Sedap dan Mudah. Tomyam ni kesukaan encik suami saya. Kalau nak ke rumah, pasti sudah pesan minta buatkan masakan thailand ni. Tidak bosan rasa lidah tu makan ni je. Jadi, sebelum masak saya cuba kongsikan kepada anda bagaimana cara buat tomyam campur dengan kuahnya yang pekat. Sedap lah pokoknya.

Seriously, resepi ni tersangat la…sedap. Kuahnya yang pekat lagi pedas lagi masam lagi perghh… memang menyengat. Tiap kali saya buat tomyam, mesti dia duk main masuk dapur keluar dapur sebab tak sabar sabar nak makan. Bila dah siap je , dia terus terkam tomyam ratah ayam hirup kuah. Dia selalu cakap ‘ awesome… meh !’. Sedap la tu kan. Tapi memang sedap pun. Saya rasa tomyam ni paling sedap. Haha. Kalau tak caya boleh try. Kalau tak sedap, korang boleh maki mencarut saya secukup rasa, saya redha beb.

Kadang-kadang saya ni terlajak mencuba sangat, tu yang kadang resepi saya tak sama dengan orang. Korang takyah ragu-ragu, korang try je. Tak salah pon. Dan saya guarante ia sangat melazatkan, adabi menyelerakan. Rasa dia sejibik cam tomyam siam. Sedapp sungguh.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Beberapa ulas bawang putih ( diketuk tanpa buang kulit, rasanya lagi sedap )
  • 2-3 biji bawang merah kecil ( diblend )
  • 2-3 tangkai cili kering ( diblend )
  • 1-2 biji buah tomato ( diblend )
  • 2 batang serai ( dititik )
  • 1 inci lengkuas ( diketuk )
  • Beberapa helai daun limau purut ( dicarik kasar dan dibuang uratnya..untuk elak rasa pahit )
  • Limau nipis atau limau kasturi ( di ambil airnya )
  • Lobak merah ( dipotong panjang atau bulat )
  • 1 biji bawang besar ( dipotong )
  • 1 biji tomato ( dibelah 4 atau 8 )
  • 2-3 biji cili padi ( diketuk ) – ikut kepedasan yang anda mahu
  • Isi ayam ( dipotong sederhana )
  • Beberapa ekor udang
  • Beberapa ekor sotong
  • Air
  • Garam
  • Daun ketumbar ( optional )
  • 1-2 sudu kecil perencah tomyam ( pes,kiub atau serbuk pun boleh…saya pakai perencam tomyam putih ADABI )
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat:

  • Beberapa biji bawang merah kecil, cili kering, dan buah tomato dikisar lumat bersama sedikit air.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih yang telah diketuk tadi sehingga naik bau dan berwarna kekuningan, dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tumis sehingga wangi. Selepas itu, masukkan serai yang telah dititik tadi bersama dengan lengkuas, daun limau purut, lobak merah, isi ayam, udang, dan sotong. Kacau rata.
  • Seterusnya masukkan air, cili padi, sedikit perencah tomyam, dan sedikit garam. Rebuskan seketika dan biarkan sampai mendidih sehingga lauk di dalamnya benar-benar masak.
  • Selepas ianya mendidih dan rasanya sedap, akhir sekali masukkan potongan bawang dan buah tomato, serta hirisan daun ketumbar(optional). Biarkan mendidih sebentar. Tutup api, dan sedia dihidang.

Itulah resepi tomyam campur pekat yang boleh anda cuba di rumah lagi mudah dan sedap. Anda boleh mengganti udang atau sotong dengan ayam, atau boleh juga di tambah semua. Sesuaikan dengan selera anda sahaja. Anda juga boleh menambah 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram untuk membuat rasa lebih sedap. Selamat Mencuba…

Read More: Asam Pedas Ikan Terubuk Paling Mudah dan Sedap

Resepi Tomyam Campur Pekat yang Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *