Assalamu’alaikum…

Entah kenapa minggu lepas semasa sedang bermain main game dengan ipad saya, Aisyah meminta supaya dimasakkan Tom Yam. Tak pulak saya tahu kalau Aisyah selama ini suka makan Tom Yam ni. Saya dulu dulu pernah membuat Tom Yam Melayu yang dicampak campak jer ke dalam kuali.

Oleh kerana saya ni berasal dari Kelantan yang bersempadan dengan Thailand agaknya, jadi masakan Thai ni bukan lah makanan kegemaran saya. Saya juga ada memasak tom yam menggunakan pes segera dari Thai yang memang pedas berapi. Senang jer, ceduk beberapa sudu dan masukkan dalam periuk dengan bahan bahan lain. Dah siaaap. Tapi itulah bila kita bukan gemar sangat, jadi jarang lah kita membuatnya.

Bila Aisyah dah menyebut gitu berulang kali, terfikir elok juga saya memasak tom yam, dah lah cepat dan mudah, rasanya saya belum ada lagi resepi Tom Yam untuk blog ini. Jadi bila bertanya Pak Cik Google, dapat jawapan resepi untuk membuat Tom Yam Thai dengan pes yang dimasak sendiri. Haaa itu diaaa. Jadi saya kena lah buat sendiri demi kelainan kan. Sebenarnya banyak jer pes tom yam segera yang sudah siap tapi mana ada thrill kan?…

Hari ini saya memasak dalam keadaan keletihan dan tak ada mood langsung. Ambil gambar pun ala kadar sahaja…. mata mengantuk sangat sangat tapi fikiran belum mahu tidur. Demi anak anak yang meminta dimasakkan Tom Yam, saya gagahkan juga. Puas hati bila melihat Aisyah menghirup tom yam dengan bertambah tambah berkali-kali. Dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun. Jom layan resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan untuk Tom Yam Paste:

  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk Kuah Tom Yam:

  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • Isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • Udang, dibuang kepala
  • Sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • Cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • Tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara untuk Membuat Tom Yam Paste:

  • Kisar semua bahan tom yam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tom yam paste tidak hangus.
  • Kacau sehingga tom yam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak.
  • Anggaran masa 20-30 minit.
  • Angkat dan sejukkan.

Cara untuk Membuat Masak Tom Yam:

  • Panaskan air. Masukkan tom yam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas).
  • Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  • Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup
  • rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Ikan Siakap Masak Bercili Paling Mudah dan Lazat

Resepi Tom Yam Thai Asli yang Sedap dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *