Assalamu’alaikum…

Resepi Telur Ikan Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Paling Sedap – Saya memang sangat menyukai telur ikan sama seperti telur sotong juga. Teringat semasa di Subang Jaya dulu, saya dan hubby sering mengunjungi gerai makan di USJ 6 kerana di situ ada Gerai Melaka yang menjual Asam Pedas Ikan Terubuk. Yang best nya, kebanyakan ikan terubuk yang dijual mempunyai telur.

Sedap sangat telur masak asam pedas gitu. Oleh kerana ada stok telur ikan yang dibeli di Pasar Taman Tun, saya mula lah mencari cari resepi untuk memasak telur ikan. Akhirnya setelah menanyakan pendapat sahabat saya, Zainal Abidin saya memasak Masak Lemak Cili Api. Inilah kali pertama saya memasak lemak telur ikan. Kalau biasanya saya hanya mengoreng sahaja telur ikan selepas dilumur dengan sedikit garam dan kunyit.

Seperti biasa, saya memang suka masakan Masak Lemak Cili Api sebab selain mudah, ianya juga sedap. Sambil sambil tu, boleh gak menternak lemak. Hahaha.. hari hari berjanji dengan hubby untuk ber dier konon-konon. Masalahnya, kalau saya diet, saya jadi malas untuk memasak. Kalau saya tak memasak, kesian lah pulak dengan anak anak terpaksa makan nasi kedai jer. Hmm… mencari alasan untuk tidak berdiet lah ni. Sila lawati juga channel youtube resepi masakan ikan  klik SINI.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Telur ikan tenggiri (cuci dengan air limau untuk hilangkan bau hanyir, cuci bersih dan tos. Ketepikan.)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Seinci kunyit *
  • Segenggam cili padi (nak pedas tambah lagi)*
  • 1 kotak santan
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-cara Membuat:

  • Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *. Kalau malas masuk je blender. hehe…
  • Masukkan kedalam periuk, tambah santan dan air. Ikut kepekatan yang dimahukan.Biarkan sedikit mendidih.
  • Masukkan pula telur ikan yang telah dicuci bersih. Masukkan juga serai yang telah diketuk dan asam keping.
  • Biarkan mendidih dengan api yang sederhana perlahan.
  • Agak menggelegak masukkan daun kunyit yang telah diracik / digunting.
  • Tambah garam dan rasa. Biar seketika dan agak telur ikan dah masak boleh tutup api. Sedia untuk dihidang

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Telur Ikan Masak Lemak Cili Api ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Sedap yang Mesti Cuba

Resepi Telur Ikan Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *