Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semuanya.

Resepi Sup Ikan Keli Sedap – Ikan keli..! aah.. Saya memang tak boleh makan ikan keli sebelum ni. Ya.. dah nampak macam ular jer, macam mana nak makan. Tapi tak tahu macam mana, kelmarin saya dan boleh pegang, makan dan masak. hihihi.. tak sangka pulak boleh. Tak rasa apa-apa pun. Macam menyiang belut je rasanya. Yang jadi terbeli tu.. sebab ada tengok jual kat pasar.

Teringatkan si kakak yang suka makan sup belut. Katanya selalu beli sup belut dekat depan kolej nya. Bila teringat dia suka, jadi saya minta hubby belikan. Hubby pun tak cakap banyak terus beli. RM20 sekilo. Tak tahu harganya murah ke mahal sebab memang tak pernah beli. Pesan adik yang jual ikan keli, “akak balik rendam air asam jawa, ya..”. Itu yang Ita ingat. Sebab tu.. bila balik terus potong kecil-kecil dan rendam air asam jawa. Tengahari tu.. terus buat sup untuk hidangan dinner kami.

Saya masak sup macam biasa ajer, cuma nya kali ini saya lebihkan cili padi sebab nak pedas. Ikan keli menjadi salah satu pilihan makanan untuk dijadikan masakan sup, kerana ikan keli mempunyai rasa yang enak dan lazat. Mari Saya kongsikan sup ikan keli saya ya.

Baca Juga: 

Bahan-bahan sup ikan keli:

  • 750 gr ikan keli – siang dan cuci bersih -potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar – potong baji
  • 1 batang saderi – potong
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 tangkai daun sup – cincang halus
  • 1 biji kentang – potong kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu rempah sup
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 2 biji bawang putih – hiris
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 liter air

Bahan kisar sup ikan keli:

  • 1 batang saderi
  • 2 biji bawang merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji bawang putih

Cara-cara buat sup ikan keli:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  • Masukkan air, kentang dan ikan keli.
  • Bila mendidih, masukkan rempah sup. Perlahankan api. Tunggu hingga kentang dan ikan keli masak.
  • Masukkan garam, gula, kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi.
    Sesuaikan rasa.
  • Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Itulah dia resepi dan cara-cara membuat ikan keli sup ikan yang lazat dan mudah yang anda boleh cuba di rumah. Hidangan yang menyelerakan dan makanan lazat membuat sup ikan keli ni lebih disukai oleh kalangan ramai. Di samping tu kanak-kanak itu mungkin ikan keli ini sup ikan anda boleh mengambil, kepadanya, mendapatkan sup ikan dengan segar seperti ikan keli yang lazat bagi orang-orang yang seperti makanan pedas adalah idea yang baik untuk menambah cili secukup rasa. Tidak juga cukup mudah untuk membuat ikan sup dengan ikan keli jadi membuat ikan sup yang enak dan mudah ikan keli pasti akan menambah koleksi menu harian anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Serunding Ikan Tenggiri

Resepi Sup Ikan Keli Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *