Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah puas hati bila dapat makan sotong yang fresh. Sotong boleh dimasak apa saja jenis masakan contohnya boleh di masak kari, sambal tumis, di grill, di buat kerabu, tomyam, tumis air, masak lemak cili api, sebagai rencah dalam sos pasta dan macam-macam lagi. Tapi selalunya kalau beli sotong saya suka masak jenis simple, tumis kunyit sotong yum yum memang sangat sedap alhamdulillah…

Sotong fresh yang segar isinya padat tapi lembut dan pemukaan luar kulit/isi adalah berkilat. Seeloknya kalau beli sotong terus di masak dan jangan disimpan sebab bila sotong disimpan beku kesegaran sotong tu mula berkurangan so bila masak isi sotong dah jadi agak lembek dan mudah mengecut bila dimasak terlalu lama. Saya memang suka sangat makan sotong tapi sekarang saya jarang beli sotong sebab sotong ni tinggi juga kandungan kolesterol so tak berapa elok la kerap sangat makan sotong.

Saya kongsikan Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting insha Allah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera. Jom resepi bawah ini…

Bahan-bahannya:

  • 3 ekor sotong – saiz sederhana besar
  • 1 biji bawang besar – dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih – dihiris nipis
  • 10 biji cili padi – diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

  • Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut dan matanya, kemudian potong kecil-kecil membulat, bersih dan toskan.
  • Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
  • Sediakan bahan-bahan lain nya.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  • Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  • Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  • Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Nota: Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ‘ over cook ‘ dan tak sedap.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Sotong Masak Sos Tiram Paling Sedap

Resepi Sotong Tumis Kunyit yang Simple dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *