Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai Paling Lazat – Cili tidak asing lagi dalam masakan Asia terutamanya dalam masyarakat Melayu, Thailand dan masakan India. Kalau makan apa-apa menu masakan tanpa cili, rasa tak puas. Rasa seolah-olah tidak lengkap menu tersebut. Kadang-kadang tu, kalaupun masakan tak banyak menggunakan cili, kita buat sambal belacan pula untuk menambah ‘kick’. Kalau makan nasi panas-panas dengan sambal belacan memang kaw tersangatlah kan. Sungguh la, tak puas kalau tiada cili dalam masakan, terutamanya dalam menu masakan tengahari. kan?…

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai untuk rakan-rakan semua. Hhmmm… enaknya sotong bakar sos Thai!!! Bagi penggemar makanan laut, lebih enaka makan seafood yang dibakar kerana rasanya lebih segar. Ditambah pula dengan sos Thai yang pedas dan masam, merecik habis. Bolehlah dicuba nanti, tak sesukar mana pun. Jom, tak usah banyak cakap lagi…kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 300 gram sotong saiz besar .
  • 200 gram telur sotong
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil Lada serbuk
  • 1/2 sudu besar sos kicap masin.
  • 1/2 cawan air

Bahan Sos Seafood

  • 100 gram cili padi .
  • 50 gram bawang putih .
  • 150 gram air perasan limau nipis
  • 100 gram sos ikan
  • 100 gram gula
  • 100 gram Air
  • 50 gram daun ketumbar
  • Air kaldu

Cara Memasak:

  • Bersihkan sotong dan buang kulit yang berwarna ungu
  • Masukkan telur sotong bercampur dengan telur, serbuk lada, dan kicap masin thai.
  • Masukkan campuran tersebut ke dalam sotong
  • Perap sotong tersebut ke dalam campuran kicap masin thai dan air
  • Bakar sotong selama 2-3 minit

Cara Membuat Sos Seafood Sambal Thai:

  • Rebus air kaldu hingga mendidih
  • Masukkan semua bahan sos seafood ke dalam blender
  • Masukkan air kaldu yang sudah mendidih
  • Haluskan semua bahan dengan blender
  • Satukan semua bahan.
  • Sotong bakar siap disajikan dengan dituangkan sos sambal seafood ala thai.

Cili mengandungi komponen aktif yang dinamakan Capsaicin yang sangat penting dan bagus untuk kesihatan kita.

 

Apa faedah dan kelebihan Capsaicin:

  1. Menurunkan Kadar Gula Darah
    Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.
  2. Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok
    Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok.
  3. Tahukah anda, cili boleh bertindak sebagai penahan sakit??
    Apabila cili dimakan, makanan tersebut akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Para penyelidik di Universiti Harvard menyatakan bahawa mereka percaya capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis. Ubat penahan sakit yang ada di pasaran sekarang boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu jom kita gantikan dengan pengambilan cili secara berterusan sebagai alternatif untuk menahan rasa sakit.
  4. Mencegah Kanser Prostat
    Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser prostat, kata Bosland [Sumber: ABC News].
  5. Bertindak selaku antibiotik semulajadi
    Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.
  6. Bertindak sebagai antioksidan
    Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

Semoga resepi diatas dapat dijadikan rujukan untuk memasak rakan-rakan semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera… 😉

Read More: Kerutup Ikan Bawal yang Mudah dan Simple

Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *