Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Masak Pedas Chinese Style Paling Sedaaappp – Walaupun tak padan dengan elergik, sotong tetap menjadi makanan kegemaran saya. Lagi dengan cuaca panas sekarang, memang hampir tak makan sotong langsung sebab elergik saya makin menjadi-jadi.

Saya dah jadi macam ratu lilin tak leh kena panas, cuma lilin mencair kalau panas, saya pulak tergaru-garu. Sekali masak sotong mesti 1kg atau lebih hanya untuk makan sehari jer. Saya suka masak macam ni sebab anak-anak suka sangat. Memang bahagia tengok anak-anak makan dengan berselera nak-nak waktu diorang balik sekolah penat-penat.

Dalam banyak-banyak resepi sotong saya paling suka buat Sotong Masak Pedas Chinese Style sebab rasanya enak lho dan lagi satu dia dah siap-siap ada kuah. Kalau sotong tu kau buat Bakar Percik mesti nak kena ada sup atau kuah lain sebagai sampingan. Dapat kat anak saya hummm.. memang tak pandang dah lauk lain, cukup nasi ngan sotong masak pedas, memang bertambah makan nasi lagi jawabnya .

Resepi kat bawah yer…selamat.

Bahan-bahan:

  • 600g sotong (dihiris silang-silang)
  • 1 labu bawang besar (dipotong berbaji)
  • 4 keping halia
  • 3 biji lada kering (dipotong sepanjang 1cm) – saya ganti ngan cili merah jerrr
  • 1 biji lada merah – saya ganti ngan lada kuning
  • 1 biji lada hijau – saya tak letak, tak der stok
  • 1 camca Besar bawang putih yg dicincang
  • Minyak (untuk menumis)

Bahan Perasa:

  • 2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar sos plum masam
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca tea sos worcestershire
  • 1 camca tea kicap pekat

Cara-cara Membuat:

  • Masak air hingga mendidih. Rendamkan sotong di dalam air tersebut seketika. Keluarkan dan rendamkan dalam air sejuk pula. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis lada kering dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bawang besar, kepingan halia, lada merah, lada buah hijau dan sotong.
  • Goreng atas api besar hingga masak.
  • Masukkan bahan perasa. Kacau hingga rata .
  • Sedia untuk dihidang.

Tips :

Kalau nak sotong tu kekal fresh selepas beli dari pasar, jangan bersihkan tapi simpan terus dalam bekas berasingan. Bila nak masak baru keluarkan, jangan keluar masuk keluar masuk peti ais nak-nak sotong bersih. Nanti sotong dah tak kenyal dan kurang rasa sedap.

Mudah dan simple cara buatnya kan? Sila share resepinya pula ya… Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Ikan Percik Terengganu Style

Resepi Sotong Masak Pedas Chinese Style Paling Sedaaappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *