Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Masak Merah Paling Mudah dan Sedap – Satu sajian sahaja yang mempunyai tomato boleh membekalkan anda dengan khasiat yang melimpah, terutama kepada kesihatan. Bukan sahaja ia boleh mengurangkan risiko masalah jantung, malah juga berpotensi untuk mencegah beberapa masalah kesihatan dan penyakit, jika diamalkan setiap hari.

Tomato pernah dirujuk sebagai “functional food,” iaitu makanan yang boleh membekalkan nutrisi-nutrisi asas, mencegah penyakit kronik dan membekalkan khasiat yang lain. Kebanyakan dari kita tidak tahu yang sebenarnya tomato sangat banyak kelebihannya. Bukan sahaja untuk kesihatan malah tomato ini juga dapat memberi faedah atau manfaat kepada kecantikan kulit kita.

Ok, sekarang kita kembali ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Sotong Masak Merah dalam bahan-bahan yang menggunakan tomato. Di samping kita mendapat manfaat daripada tomato, kita juga boleh makan makanan yang sangat lazat ini. mungkin cukup bercakap, sekarang kita tengok resepi di bawah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong (dipotong kecil)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bwg putih (ditumbuk)
  • 1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 5 biji tomato ceri **sebagai hiasan
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.
  • Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.
  • Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
  • Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
  • Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi.

Tomato merupakan sumber vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik. Ianya mengandungi banyak nutrisi dan antioksida, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein. Satu bahagian kecil tomato (lebih kurang 123 gram) boleh memberikan anda 22 kalori, 0g lemak, 5g karbohidrat dan 1g protein – sumber yang baik jika dibandingkan dengan makanan yang lain.

  1. Alpha-lipoic acid boleh membantu badan menukarkan glukosa kepada tenaga. Sesetengah nasihat mencadangkan bahawa alpha-lipoic acid ini boleh membantu badan mengawal kadar glukosa dalam darah, lantas memperbaiki peredaran darah dan melindungi pesakit kencing manis daripada retinopati.
  2. Lycopene pula adalah antioksida yang memberikan tomato warna merah tersebut. Manakala choline merupakan nutrisi yang membantu anda untuk tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan daya ingatan.
  3. Choline juga boleh mengekalkan struktur membran sel, membantu penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
  4. Beta-carotene dan lutein pula adalah kandungan yang boleh memberikan kesihatan kepada mata anda. Sesetengah pengeluar makanan tambahan mengekstrak bahan tersebut untuk dijadikan pil supplement mata.

Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat… 😉

Read More: Resepi Ikan Bakar Bellamy yang Sedap Sangat

Resepi Sotong Masak Merah Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *