Assalamu’alaikum…

Hai semua… Kali ni Saya masak Sotong Goreng Kunyit Berkuah tukar menu pula kan. Dah tak tahu nak masak apa dah, semalam keluar beli barang dapur nampak sotong nie beli la sikit untuk masak hari ni. Selalu kalau goreng sotong tak ada berkuah sangat ni saya saja buat Sotong Goreng Kunyit Berkuah pula tak ada lah kering sangat kan bila makan tu, janji pedas cukup dah!

Sekarang ni boleh kata semua barang mahal. Saya terkejut tiap kali pergi beli barang dapur ada aja yang berubah harga. Sayur pun naik harga juga, kalau nak beli tu kena beli sayur yang boleh tahan untuk dua tiga hari. Bukan apa nanti takut rosak pula kan dah membazir. Barang basah yang lain jangan cakap lah, semua mahal-mahal belaka nak tak nak terpaksa juga kita belikan. Sabar ajalah hati ni. Okey la… rasa dah panjang saya dok meluah rasa jom kita tengok resepinya ya…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong – sederhana besar
  • 1 biji bawang besar – dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih – dihiris nipis
  • 10 biji cili padi – diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

  • Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut dan matanya, kemudian potong kecil-kecil membulat, bersih dan toskan.
  • Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
  • Sediakan bahan-bahan lain nya.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  • Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  • Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  • Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Sotong ni tak buleh masak lama sangat nanti liat, jadi bila tengok sotong tu dah bertukar warna dan mengecut, masaklah sotong tu. Tapi kalau sapa yg suka makan sotong yang agak keras dan liat, bulehlah masak lama sikit. Bila bubuh tomato, kuah tu akan ada rasa masam-masam sikit.

Jadi untuk seimbangkan rasa, bubuhlah secubit gula dan kalau suka kuah yang pedas, ketuklah dua tiga biji cili api dan masukkan dalam lauk ni. Hhmmm…nampaknya lauk yg simple ni lah yang paling menggamit selera makan dengan nasik panas, sedapnya… Jadi apa lagi, selamat memasak…

Read More: Resepi Sotong Goreng Kunyit yang Simple dan Sedap

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *