Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Tomyam yang Simple dan Sedap Sangat – Alhamdulillah, sekali lagi Resepi Masakan Ikan dapat bersiaran semula biarpun agak lemau sedikit sejak dua menjak ni. Dah cas bateri pun masih ‘weak’ gak. Nak kata dah ‘kong’, tak jugak. Tapi tu lah kan?.. dah musim agaknya atau mungkin gak musim berblogging sudah hampir ke penghujungnya.

Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung tak kiralah yang lama, yang baru atau yang setia dengan Resepi Masakan Ikan, kerana sudi datang melawat ke sini. Harap diampun banyak-banyak ye sekiranya terdapat komen-komen yang tak sempat saya balas buat masa ni memandangkan ada internet problem. Itulah satu faktor yang membuatkan saya semakin lemau untuk menulis entri. Kurang bersemangat jadinya. Nak update satu entry pun mengambil masa berjam-jam lamanya.

Sedih tau, kadang-kadang saya bimbang gak sekiranya ada yang tak puas hati atau berkecil hati sekiranya komen tak terbalas. Untuk pengetahuan semua, saya memang baca komen-komen tu ye tapi kadang-kadang tak dapat reply sebab line asyik putus je memanjang sejak guna Celcom ni. Maklumlah duduk dalam hutan, coverage taklah seluas mana pun. Macam duduk kat hujung dunia pulak. hehe… Harap-harap fahamlah ye.

Ok, balik ke pangkal jalan. hehe… Hari ni, saya nak kongsikan satu resepi sotong bakar tomyam yang sungguh sedap. Dah lama sebenarnya teringin nak buat, sana sini orang lain dah mencuba resepi ni. Kalau belum, sila-silalah cuba. Sedap sangat resepi ni. Memang semerbak harumnya dalam rumah dan sampai menyinggah ke rumah jiran. hehe…

Macam biasalah, saya kalau part-part nak bakar sotong ni, saya pasti akan tumis dulu bahan-bahan perencahnya. Biar 2 kali ganda naik harumnya. Dah biasa buat macam tu. Apa-apapun resepi ni memang best dan tak rugi dicuba. Terima kasih juga kepada yang lain sebab mempromosikan resepi sedap ni kepada semua pembaca di alam maya. Kepada yang berminat, bolehlah cuba. Jom tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong bersaiz sederhana besar
  • 5 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 peket perencah tomyam Adabi
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit belacan
  • Secubit garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara Menyediakan:

  • Cuci bersih sotong dan kelarkan dibahagian badan dan ditoskan airnya.
  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih sedikit belacan dan air sehingga halus
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan lada masak.
  • Masukkan perencah tomyam, serai, garam dan gula dan dikacau lagi sehingga menjadi agak kering.
  • Selepas paste agak kering, masukkan perahan jus limau nipis dan daun limau purut yang diracik halus dan kacau lagi.
  • Dalam kuali non stick, letakkan sotong yang telah ditoskan tadi dan masak seketika sehingga keluar air sotong tersebut.
  • Letakkan paste dan terbalik-balik kan sotong tadi sehingga masak dan dihidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Sotong Bakar Tomyam ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang Simple dan Sedap

Resepi Sotong Bakar Tomyam yang Simple dan Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *