Assalamu’alaikum…

Selamat pagi selamat beraktiviti semua, . Kali ini kita berkongsi Resepi Sotong Bakar Bersambal pula. Setelah menikmati keenakan hidangan ini di restoran makanan laut teringinlah pula hendak mencubanya di rumah. Hehehe… Memang sedap menikmati masakan ini bersama nasi panas. Pedas, masam, manis, lemak dan masin semua ada. Jom kita cuba…

Sebelum kita mula resepi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini, blog ini Inshaa Allah akan terus ada di Internet apabila anda mahu untuk melawat. Okey… kembali ke resepi, resepi ini saya pelajari dari kawan di dekat rumah. Kawan saya tu memang pandai sangat buat Sotong Bakar Bersambal ini.

Apabila kita beramal duit pasti lah duit kita akan habis. Tetapi apabila kita beramal ilmu, ilmu kita masih ada dan dapat pahal juga. Saya harap resepi ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jom kita layan resepi di bawah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor sotong saiz besar
  • 5 biji cili kering (lebih jika anda jenis suka pedas)-dicelur sebentar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia-dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air asam jawa
  • Sedikit kunyit untuk disapu pada sotong
  • Sekeping daun pisang

Cara-cara Membuatnya:

  • Bersihkan sotong dan toskan supaya lebihan air dikeluarkan.
  • Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata. ketepikan
  • Blender cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga lumat.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam anggaran 1 sudu makan dan tumis bahan yang dimesin tadi sehingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga lada masak.
  • Masukkan gula dan garam secukupnya.
  • Apabila telah kering…angkat dan ketepikan.
  • Sotong boleh dicucuk dengan lidi jika anda suka.
  • Ambil aluminium foil dan letakkan daun pisang diatasnya sebelum susun sotong
  • Tuangkan sambal diatas sotong
  • Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 180 c
  • Masukkan sotong dan bakar selama 10 minit. jangan lama nanti liat.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Sotong Bakar Bersambal ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah Hidangan keluarga anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Pari Bakar Berempah Harum yang Mudah dan Simple

Resepi Sotong Bakar Bersambal Simple dan Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *