Assalamu’alaikum…

Kebiasannya, kita membeli Sotong Bakar BBQ di kedai pasar malam. Aroma harum ayam dipanggang, dan kuah bbq siraman menjadiakn Sotong Bakar BBQ menjadi kegemaran ramai. Kepada penggemar maknan laut iaitu sotong, mari kita cuba resepi ni pula. Sotong Bakar BBQ, pasti yummy.

Tiba tiba saya terasa ingin menghantar Resepi Sotong Bakar BBQ yang disediakan istimewa untuk Aisyah. Ceritanya semasa dalam perjalanan balik dari pejabat, hubby memberitahu yang Aisyah ada bertanya berkenaan lauk Sotong Bakar BBQ untuk makan malam. Saya memang kagum dengan sikap penyayang suami pada anak anak. Setiap hari dia akan melayan selera anak-anak. Apa sahaja makanan yang diminta oleh anak-anak hubby akan cuba mendapatkannya. Malahan setiap malam hubby akan pastikan ada makanan untuk Aisyah kerana dia akan makan di rumah setiap malam.

Mendengar permintaan Aisyah, saya pun minta hubby singgah membeli sotong. Saya sebenarnya agak kepenatan dan hari pulak telah lewat petang, tapi saya gagahkan juga untuk menyediakan Sotong Bakar BBQ yang diminta. Sambil menyediakan Sotong Bakar BBQ, saya sediakan juga sayur goreng Baby Kailan Sos Tiram. Memanggil-manggil anak-anak kot ada yang mahu menolong. Hmmm… seorang pun tak muncul hinggalah semuanya siap dimasak dan peralatan siap dibasuh. Bila siap memasak, hari pun dah malam, saya pun snap ringkas ringkas jer gambar untuk dimasukkan dalam blog. Sotong Bakar BBQ ini sangat sedap walaupun tak seindah gambar. Hahaha…

Selain nasi putih dan nasi kerabu, Sotong Bakar BBQ sedap juga dimakan bersama sama dengan pulut kuning. Pulut kuning dibentukkan apa-apa bentuk disukai dan diletakkan Sotong Bakar BBQ di atasnya. Kemudian dipacakkan bunga pahar di atas sotong terus hingga ke pulut. Di sekelilingnya dipacakkan bunga telur macam bunga pahar pengantin tu. Jom kita tengok resepi…

Bahan-bahan:

  • Sotong saiz sederhana
  • Sos bbq
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit
  • Limau kasturi
  • Mentega

Cara-cara Memasak:

  • Bersihkan sotong lalu perap ngan sos bbq + garam sikit + kunyit sikit + perah limau kasturi sebelah. Kemudian perap kejap.
  • Pastu panaskan pan lalu letak mentega @ planta, bakarla sotong-sotong tersebut.
  • Bakar sehingga masak (jangan guna api perlahan sangat, nanti sotong liat).
  • Ok, siap! kan dah cukup senang.
  • Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Cara Membuat Ikan Siakap Bakar Tomyam Sedap

Resepi Sotong Bakar BBQ Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *