Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera…

Singgang Ikan Tongkol Terengganu ni antara menu femes kat belah Pantai Timur. Femes tu kata orang… kalau dalam seminggu tu sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali akan dimasak. Kalau yang memang 1 keluarga suka sesangat dengan lauk singgang ni… boleh jadi sampai 3 kali seminggu. No worries sebab singgang ni lauk yang menyihatkan sebab ia takde santan & minyak langsung. Tapi jangan tak tahu pula… antara Terengganu & Kelantan… resepi singgangnya berbeza. Kalau versi Terengganu kuahnya wajib warna kuning. Singgang Kelantan pula warna natural je sebab tak letak kunyit & rasanya bahan2 lain pun sedikit berbeza.

Kalau masak singgang ni… gandingan wajibnya mesti ada ikan goreng, ulam-ulaman & juga budu. Budu lah yang paling wajib mesti ada… Bukan setakat budu.. mesti ada lada jarum (cili apilah tu…), limau nipis/limau budu… kalau takde limau.. boleh tambah tempoyak. Kalau nak guna isi durian pun boleh, tapi mesti ada limau nipis jugak untuk balance kan rasa masin budu tu. Nak sedap lagi.. boleh juga hiriskan bawang merah. Tapi kalau belah Tganu rasanya jarang-jarang letak hirisan bawang merah ni.

Yang dah ada tu pun rasanya boleh menambah-nambah makan nasinya nanti… hehehehe.. Kalau nak picit cili api dari kuah singgang tu pun boleh.. tak perlu nak guna cili padi lain dah. Oh ya… kalau singgang daging pula… sedikit berbeza ye sebab kena ada campuran rempah biji… yang tu lain kali ceritalah… hari ni nak kongsi resepi singgang ikan aye versi Terengganu ni dulu. Boleh je guna ikan kembong atau lain-lain ikan yang sesuai.

Jom kita tengok resepinya… Singgang Terengganu takde letak bawang merah ye. Kalau ada orang masak singgang letak bawang merah, tu resepi yang dah dimodified la tu… bukan resepi ori Terengganu dah… Nak letak pun boleh.. tapi resepi yang saya belajar dari ma & arwah nenek memang takde letak bawang merah.

Baca Juga: 

Bahan-bahan :

  • 5 potong ikan tongkol
  • 1/4 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugor (tengok saiz kalau besar letak 3.. kalau guna asam kandis yg lebar tu
  • letak 2 je atau boleh tambah kemudian sekiranya kurang masam)
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 6 biji bendi
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  • Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.
  • Apabila air telah mendidih,masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit,serbuk
  • kunyit dan lengkuas dalam periuk.
  • Kemudian,masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Siap untuk dihidang.

Bila dah siap, boleh lah dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau ada sambal belacan lagila meletop!. Saya memang suka yang masam-masam ni. Memang hirup kuah tuh kasi licin. Hahahaaa!!!

Tips:

  • Kalau hendak rasa singgang yang betul-betul kaw, perlu dijerang bahan-bahan tu lebih lama, sehingga sukatan air tinggal setengah daripada asal.

Amacam? senang ajer kan? good luck korang yang nak mencuba. Yerla, kadang boring gak makan berlemak, bergoreng, bersambal cili. Tukar selera macam ni memang BEST.

Sekian dulu, nanti jumpa lagi…insyaAllah
That’s All and Thank you for reading!
Selamat Mencuba…

Read More: Kongsi Resepi Ikan Bakar Portugis Mid Valley Sedap

Resepi Singgang Ikan Tongkol Terengganu Style Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *