Assalamu’alaikum…

Hi… apa khabar semua, jumpa lagi di resepimasakikan.com hari ini saya ingin berkongsi Resepi Serunding Ikan. Biasanya serunding dibuat dengan menggunakan bahan kelapa dan dicampur dengan ayam atau daging lembu. memang rasanya best serunding ini apabila dimakan bersama nasi panas-panas.

Saya memang bukan penggemar serunding, berbeza dengan suami, beliau sangat menggemari serunding ini. walau saya tidak menggemari serunding tetapi saya tetap mesti belajar membuatnya, dahulu memang saya tidak pandai menyediakan serunding bahkan malas bila nak belajar membuat serunding. tetapi selepas berkahwin suami meminta saya untuk membuatkan beliau serunding. akhirnya, saya mual belajar cara membuatnya.

 

Kebanyakan kawan blogger kongsikan resepi ini menggunakan bahan ikan sardin atau selayang. tetapi resepi yang saya kongsikan ini lain sedikit sebab saya menggunakan ikan kembung/ikan tenggiri sebagai bahan nya. Apabila bulan puasa serunding antara makanan yang mendapat perhatian ramai sebab serunding ini paling sedap apabila disediakan bersama ketupat, lemang, dan nasi impit. jadi makanan ini adalah menu wajib apabila hari raya tiba.

Siapa suka serunding??… Tak payah lah angkat tangan, apabila anda menggemari serunding maka anda ada di artikel yang sesuai sebab artikel ini akan membantu anda membuat serundeng. Jom kita layan resepinya dibawah….

Bahan-bahannya:

  • Ikan tenggiri/Ikan kembung  – 1kg
  • 2 biji kelapa (diambil santannya)

Bahan kisar:

  • 25 cili kering (saya wat lebih)
  • 10 cili hidup
  • 2 inc halia
  • 2 inc kunyit hidup
  • 2 inc lengkuas
  • 2 btg serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 asam keping (2 utk kuali , 3 utk periuk)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air bersama asam keping, rebus sampai iakn masak.
  • Jangan terlalu lama. Dah siap, sejukkan ikan tersebut, kemudian isi nya diambil dan kisar bersama air rebusan ikan tersebut.
  • Sediakan kuali, tumis bahan yang dikisar + asam keping sehinggga masak, masukkan santan kemudian diikuti dengan isi ikan, tumis hingga kering…
  • Tadaaa..maka siaplah serunding ikan….
  • Boleh lah digunakan tuk isi popia atau makan ngan pulut..sedap!

Tarraaaaaa…dah siap..banyak jugak dapat..yang simpan dalam peti dulu untuk buat popia nati… Okey korang sampai sini dulu okey..kita jumpa next n3 okey…yang pastinya memang pasal makanan lah kan..hahahaaa…

Read More: Resepi Singgang Tempoyak Ikan Kerisi

Incoming search terms:

Resepi Serunding Ikan Tenggiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *