Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang Simple dan Sedap – Saya pelajari resepi ini dari sahabat fb saya, yang sentiasa sudi berkongsi resepi tanpa sebarang syarat. Itulah perkongsian ikhlas yang Allah janjikan ganjaran pahala yang besar. Kalau zaman dulu orang begitu kedekut untuk berkongsi resepi terutama orang berniaga. Perlulah diingatkan dengan resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama sedapnya.

Begitu juga rezeki seperti mana kita tidak dapat lari dari kematian, begitu juga rezeki Allah akan sampai kepada kita seperti mana kematian akan sampai pada kita. Itulah antara petikan kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad tapi saya tak sempat menyalin hadis diriwayat oleh siapa. Jadi sama sama lah kita berebut ganjaran pahala di akhirat dengan berbuat amalan soleh dan kebaikan sebanyaknya sementara nyawa masih di badan. Ustaz Ibrahim selalu berpesan pada saya yang di saat ini, fokus pada membanyakkan amal soleh dan melupakan urusan dunia yang tidak penting.

Saya teringat untuk mencuba resepi ini setelah teringatkan tempoyak baru yang diberi oleh Kak Nab, kakak ipar saya dari Ipoh. Memang sedap tempoyak baru, masih terasa manisnya. Kalau dulu tempoyak akan dibawa sahaja dari rumah arwah Bonda Mertua tapi kini, terpaksalah membeli. Bekalan tempoyak memang sentiasa ada di dalam peti sejuk rumah kami. Haaa cuma budu jer tak ada di sini kerana saya tak makan budu, walau pun akan makan jika dihidangkan. Jom kita tengok resepi bawah ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri
  • Tempoyak 3-4 sudu besar
  • Bawang besar satu biji – dihiris
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Bahan-bahan Kisar:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • Cili merah 1-2 biji

Cara Penyediaan:

  • Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
  • Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.
  • Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi¬†Resepi Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Tongkol Goreng Berlada yang Sedap Sangat

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *