Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Cencaluk Sedap dan Simple – Bila ingat cencaluk pasti teringat bumi Hang Tuah. Orang Melaka dan cencaluk bagai irama dan lagu, tak boleh di pisahkan. Cencaluk ialah sejenis hidangan tradisional Melaka yang popular. Kalau kat Kelantan ada budu, di Perak ada tempoyak di Johor ada belacan. Di Melaka tak kurang hebat dengan cencaluk yang kini bukan sahaja di gemari penduduk tempatan malahan turut di gemari oleh semua lapisan masyarakat.

Cencaluk di perbuat daripada udang halus yang lebih di kenali sebagai udang geragau atau udang pepai di sesetengah tempat. Udang geragau yang sangat sukar di perolehi ini hanya boleh di dapati pada musim-musim tertentu sahaja. Tumpuan utamanya pula di sekitar Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan juga di beberapa kawasan pesisiran pantai Selat Melaka yang lain

Proses membuat cencaluk pula adalah proses penapaian. Udang geragau yang telah di cuci bersih di gaulkan bersama garam yang banyak dan sedikit nasi lalu di peram selama 3 hingga 4 hari, sebelum boleh di makan. Cencaluk biasanya di jadikan penyedap menu makan tengahari.
Oleh kerana ianya di perbuat daripada udang, maka cencaluk di katakan mengandungi kandungan protien yang sangat tinggi.

Bila ke Melaka tak sah kalau tak capai sebotol dua cencaluk. Kalau tak makan pun, sekadar buah tangan untuk jiran tetangga. Saya memang tak pernah makan cencaluk. Kerana mak saya pun tak pernah menyediakan cencaluk sebagai hidangan kami. Mungkin payah dahulu nak dapat cencaluk kat Johor ni.. tu yang mak tak pernah pun menyediakan untuk kami.

Hari ini saya sediakan sambal cencaluk untuk suami. Teringin katanya nak makan sambal cencaluk. Inilah juga peluang saya untuk merasa makanan ikon orang Melaka ni. Alhamdulillah masih boleh terima lah tekak saya ni, tapi tak boleh makan banyak kerana rasanya yang agak masin. Tapi bila kena dengan cili dan perasan limau tu, memang sedap pulak tu bila di makan bersama nasi hangat. Jom tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Cencaluk – ikut suka banyak mana
  • 1 biji bawang merah – dipotong dadu / nipis
  • 10 tangkai cilipadi – (ikut tahap kepedasan)
  • 2 biji limau kasturi (kalau nak buat sikit jangan banyak sangat buah limau)

Cara-cara Membuat:

  • Masukkan cencaluk ke dalam mangkuk.
  • Potong dadu bawang merah dan cilipadi perlulah dihiris dahulu. Kemudian basuh dan masukkan ia kedalam mangkuk yang berisi cencaluk tadi.
  • Gaulkan sehingga rata.
  • Akhir sekali,perahkan jus limau kasturi ke dalam mangkuk yang berisi cencaluk.
  • Siap untuk dihidangkan.

Nota: Resepi sambal cencaluk sangat sedap jika di makan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Jika anda baru cuba nak buat Sambal Cencaluk dan hasil sambal anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi. Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk buat sambal. Saya sendiri belajar dari try & error dan makin lama makin sodap la sambal yang dibuat. Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan andabuat itu.

Read More: Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Sedap

Resepi Sambal Cencaluk Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *