Assalamu’alaikum…

Resepi Pari Bakar Berempah Harum yang Mudah dan Simple – Hari Ahad lepas takde nak pergi mana-mana. Tambah pulak, anak-anak ada kelas fardhu ain, dok rumah jela..hari minggu dirumah. Kenala masak spesel sikit. huhu.. Takdenya nak spesel mana pun, teringin nak makan ikan bakar je. Suruh Cik Abe belikan bahan untuk buat menu simple ni. Masa tumis bahan rempah tu kan, terasa macam nak makan nasi terus. hehe.. Punyala kuat penangan baunya. Masa nak makan tu saya perah asam limau, macam yang kak Nor cadangkan. Rasanya hari apa ek Kak Yatie pun dah buat.

Terima kasih penyumbang resepi iaitu Kak Dayang & Kak Nor yang suka sangat menyebabkan air liur ini meleleh. Hari yang sama jugak, Cik Abe belikan tempe, berbungkus dalam daun pisang. hehe.. Apa nak tunggu lagi, saya ambil je daun pisang tu & basuh, buat bungkus ikan, sedang-sedang elok lak. Baunya makin le semerbak, sesuai dengan namanya “harum” tu kan?…

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Pari Bakar Berempah Harum yang Mudah dan Simple untuk kawan-kawan semua. Jom, tak usah banyak cakap lagi. Kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sedap bawah ini…

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) – Saya guna ikan pari
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan Dikisar Bersama:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas gula dan garam secukupnya
  • Sedikit air

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil.
  • Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya.
  • Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.
  • Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Pari Bakar Berempah Harum ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Dan dapat membantu persoalan dalam menghidangkan menu masakan keluarga. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sotong Bakar Tomyam yang Simple dan Sedap Sangat

Resepi Pari Bakar Berempah Harum yang Mudah dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *