Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah kita bertemu lagi di pagi Senin ini. Pejam celik pejam celik, dah pun bulan November ya kita. Pagi ini saya masak Nasi Goreng Sardin. Saya memang penggemar sardin. Apa apa jer yang dibuat menggunakan sardin, memang saya suka.

First time makan nasi goreng sardin ni semasa perkhemahan pengakap di Kandis ketika saya berada dalam tingkatan 5 di SMB. Masa dulu, keluarga kami bukan mampu nak beli sardin sebab sardin ni kira makanan yang mahal. Ya la, 1 tin dah berapa harganya, sedangkan di kampung saya pada masa tu, beli ikan segar RM1 pun dah dapat selambak. Teringat lagi masa tu ikan yang dibeli dicucuk dengan dawai halus di mata ikan, tak ada plastik macam zaman sekarang ni. Hmm nostalgia zaman kanak kanak lah pulak.

Berbalik pada perkhemahan pengakap, kami bertugas sebagai AJK, jadi untuk makan malam, kami masak sendiri secara beramai ramai. Lebih special berbanding dengan pengakap lain kerana kami tinggal di chalet dan makan bersama sama dengan guru guru. Tidak tidur di dalam khemah. Sedap sangat masa tu, maklumlah tengah ber camping, makan apa pun sedap. Antara kawan yang saya masih ingat masa tu ialah Zainab, Maisaroh, Morina, Noor Laila, dan Che Nordin. Ramai lagi tapi saya tak berapa ingat nama nama semua mereka. Lama tak jumpa, di mana mereka berada sekarang agaknya.

Panjang pulak celotehnya. Tak mahu membuang masa, jom layan resepinya yang sempoi. Main campak campak jer sebenarnya. Rasa nak hiris, hiris. Rasa nak blend, masuk dalam blender. Semua bahan nak tumbuk pun boleh. Semua ikut gerak hati jer. Layannn…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dengan cili merah + cili api yang ditumbuk)
  • Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
  • 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
  • 2 biji telur
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali.
  • Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
  • Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya.
  • Jika dah rasa, tutup api kemudian angkat.
  • Siap dihidang untuk keluarga.

Resipi Nasi Goreng Sardin mudah dan senang untuk dibuat di rumah. Bahan-bahan masakan juga mudah diperolehi dan tidak memerlukan wang yang lumayan untuk menyediakannya. Dengan mengikuti cara penyediaan yang dibagi di atas, sudah tentu anda boleh membuat Nasi Goreng Sardin yang paling sedap untuk seisi keluarga anda. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Lazat yang Menggugah Selera

Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap dan Mudah yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *