Assalamu’alaikum & Selamat Pagi…

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus yang Mudah dan Sedap – Alhamdulillah… rezeki kami satu family, malam tadi masa dinner kat kedai Pattaya, tergerak pulak hati nak menziarah ke kedai Bobby. Memang langkah kiri kanan (mana ada langkah kanan jer), ada pulak stok ikan kembong rebus. Memang dah lama berhajat, cuma Ibu kureng rajin nak buat sendiri. Alang-alang dah jumpa hat “instant” maka terus memborong la kami.

 

Makanya, pagi ni sarapan pagi ala-ala Melayu sebelah Pantai Timur la kami sekeluarga. Nasi goreng ikan rebus, mother in law selalu la buat and Ibu cuma bertindak sebagai “tukang rasa” and “tukang makan” jer. Then recently ternampak pulak kat wall seorang sahabat dari Terengganu dok tayang the same menu. Mana tahan babe.. maka pagi ni gigih la Ibu gugel sana gugel sini (sebab tak pernah buat sendiri) resepi nasi goreng ikan rebus ni. Okey, jom kita semak sama-sama resepi mudah ni.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 2 ekor ikan rebus – buang tulang
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 helai kubis/sawi-di potong
  • 1/4 cawan air
  • Kicap manis
  • Sos ikan
  • Serbuk cukup rasa Maggi
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Minyak canola

Cara Membuatnya:

  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan rebus hingga hancur.
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik baunya dan isi ikan sedikit garing.
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili garing.
  • Masukkan nasi sejuk,1/4 cawan air dan gaul rata.
  • Tambahkan kicap,serbuk cukup rasa,serbuk lada hitam dan sos ikan secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan sayur.
  • Goreng nasi hingga nasi meletup-letup dalam kuali. Itu tandanya nasi goreng telah cukup masak.
  • Angkat dan hidangkan.

Mudah bukan? Anak-anak pun suka sebab ada isi ikan. Kalau nak tambah fish ball atau fish cake pun boleh. Kalau yang sukakan pedas bolehlah tumbuk cili padi sekali dengan bawang tapi anak-anak aku ni jenis tak boleh makan pedas, jadi mama dia terpaksalah masak ikut selera anak. Ada juga yang tambahkan budu ke dalam nasi goreng ini. Yang penting masakan ini berkhasiat kaya dengan sumber protein, karbohidrat dan serat dari sayuran. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Asam Pedas Sardin Sedap dan Simple Terkini

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *