Assalamu’alaikum…

Sebelum kita tengok Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus, saya ingin berkongsikan petikan kuliah Zohor  Ustaz Aliff Mahari dari Kitab Dosa Dosa Besar. Kali ini berkenaan bab dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa. Menyakiti atau membuat ibu bapa berkecil hati sudah dikira sebagai menderhaka. Dikongsikan berkenaan bagaimana anak anak yang membela ibubapa yang sudah tua dengan kata kata di dalam hati, ibubapa dah tua dan tidak lama akan mati sedangkan ibu bapa semasa menjaga anak anak tidak pernah terlintas untuk anak anak mati. Itulah bezanya.

Begitu besarnya dosa menderhaka kepada ibu bapa sehingga terdapat banyak Al Quran dan hadis hadis yang menyebut mengenai perkara ini. Di antaranya yang sempat saya salin ialah Surah Luqman ayat 14 yang antara lain menyebut “bersyukur kepada Ku dan kedua ibubapa mu”. Bersyukur kepada Allah ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang ditegah. Syukur pada ibubapa ialah dengan mentaati ibubapa selagi tidak disuruh berbuat sesuatu yang dilarang Allah.

Amalan tak diterima jika tidak berbuat baik pada ibubapa. Redha Allah bergantung pada redha kedua ibubapa. Murka Allah bergantung kepada murka ibubapa. Buat jahat adalah berdosa tapi jika berbuat jahat pada ibubapa berganda lagi dosanya, begitu juga sebaliknya jika berbuat baik pada ibubapa.

Okey, cukup dulu untuk kali ini, sekarang kita balik semula kepada cerita masakan. Ikan rebus adalah antara lauk yang sentiasa saya gemari sejak dari kecil sehingga kini. Semasa di Ipoh baru baru ini, saya diperkenalkan dengan Nasi Goreng Ikan Rebus yang sedap. Sebenarnya nasi goreng ni biasa sahaja. Yang berbeza dan membuatkan ianya sedap pada tekak saya hanyalah ianya dihidangkan dengan ikan rebus yang digoreng bersama kacang panjang dan karot sahaja. Jom kita tengok resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 mangkok nasi sejuk
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 6 cili padi* ( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar cili kering yang telah diblend
  • 3 batang kacang panjang – kalau nak lebih boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam

Bahan Untuk Ikan:

  • 1-2 ekor ikan rebus
  • 1 bawang besar – dihiris

Cara Masak Ikan:

  • Goreng ikan rebus kemudian taburkan bawang. Bila ikan dah masak dan bawang dah layu, boleh la diangkat dan tepikan.

Cara-cara Membuat:

  • Mula-mula panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan sos cili, kicap dan sos tiram. Gaul-gaul rata.
  • Kemudian masukkan sayur kacang yang telah dipotong halus dan kacau-kacau sekejap.
  • Selepas itu masukkan nasi dan kacau-kacau rata, isi garam. Kalau kurang kicap boleh tambah lagi.
  • Masak nasi goreng tadi hingga berasap. Bila dah berasap boleh tutup api.
  • Hidangkan nasi goreng tadi dengan seekor ikan rebus goreng dan ditaburkan dengan bawang goreng. Dah siap…

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serta rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Kembung Bakar Berempah Paling Mudah dan Lazat

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Sedap yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *