Assalamu’alaikum…

Resepi Mee Udang yang Sedap dan Istimewa – Pulau Pinang yang memang istimewa. Keluarga saya sangat suka kan mee udang sungai dua yang sedap tak terkira tu sejak dari dulu lagi. Resepi ini diadaptasi dari resepi mamak haji, tetapi saya ubah mengikut barang-barang yang ada kat dapur. Kalau diikutkan penerangan dari resepi, rahsia kesedapan mee udang ini adalah terletak kepada segarnya udang laut yang digunakan dalam kuah.

Resepi mee udang yang dicari-cari akhirnya ku ketemu jua. hehehe… Kami especially My Hubby memang pengemar mee udang sungai dua. Kalau balik Kulim pun sibuk cari port mee udang dan char kew tiaw power. Biasanya orang belah Penang/Kulim etc memang tau ‘Mee Udang Sungai Dua’ Femes sangat. Kami ada la try dulu (tapi saya suka yang mee udang Sepetang, Perak lagi). Pepepun tak kisah le yang penting sekarang saya dah tau rahsia depa-depa dok buat sedap sangat tu. No jampi-jampi/pengasih bagai dikata cuma resepi dibuat dengan penuh kasih sayang ja. hihihiii…

Kebetulan pula saya memang ada beli udang laut yang besar dan segar kat pasar, jadi teringin sangat nak makan mee udang hasil air tangan sendiri. Jika tak ada udang laut, boleh juga jika nak gunakan udang biasa cuma pastikan udang yang bersaiz besar barulah sedap dan memikat selera jika dihidangkan. Kuah memang agak pekat dan manis secukup rasa kerana adanya keledek dan kentang rebus. Jom tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan bahan:

  • 6 ekor udang besar (ikut suka)
  • 6 ekor udang kecil buang kulit
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato buah
  • 1 biji ubi kentang – rebus
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Sos tomato
  • Sos cili

Bahan Hiasan:

  • Telur – rebus
  • Sawi – celur
  • Cili merah – hiris
  • Bawang goreng
  • Daun bawang – hiris
  • Mee – celur

Cara Membuat:

  • Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
  • Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
    Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
  • Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
  • Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
  • Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

Tips:

  1. Cara untuk celur mee: Panaskan air sehingga mendidih, masukkan mee dan rendam selama 2-3 minit dan tapis.
  2. Bilas dengan air sejuk supaya proses pemanasan terhenti dan mee tidak akan jadi kembang.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah menu harian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Kerutup Udang Paling Sedap

Resepi Mee Udang yang Sedap dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *