Assalamu’alaikum…

Resepi Mee Kari yang Sedap dan Spesial – Saya cukup suka menyediakan Mee Kari untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah. Mee Kari dah sinonim dengan saya, anak-anak cukup mengemarinya itulah yang membuatkan saya kerap menyediakannya, tidak kira pada musim perayaan atau bila kami sekeluarga berkumpul.

Cara penyediaannya tidaklah sukar, seperti juga laksa Johor. Cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu, ya tak?… Mee kari juga jarang di jual, kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika ksaya menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.

Hari ini saya akan kongsikan kaedah dan cara bagaimana saya sediakan mee kari saya. Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari kak ipar dan saya ada buat beberapa ubah suai pada ramuanya setiap kali saya mendapat pertua dari mereka yang pakar dalam penyediaannya mee kari. Kerana saya dan anak-anak cukup mengemari mee kari, setiap kali saya merasa mee kari yang enak saya tidak akan teragak-agak untuk bertanya apakah rahsianya. Saya akan olah semula resepi dan akhirnya saya dapat lah resepi yang telah lama saya gunakan setiap kali saya menyediakan mee kari.

Jom kita masuk dapur dan saya tunjukkan caranya. Resepi yang saya tunjukkan adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 8 orang. Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.

Artiktel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
  • 300 gram udang, buang kulit
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak)

Bahan untuk Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan untuk Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.

Bahan untuk Hiasan:

  • 4 biji telur rebus, potong dua
  • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi, potong dua
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Tauhu kering goreng
  • *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:

  • Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Mee Kari ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Apabila kita beramal duit pasti lah duit kita akan habis. Tetapi apabila kita beramal ilmu, ilmu kita masih ada dan dapat pahal juga. Saya harap resepi ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Ikan Cencaru Bakar yang Simple dan Sedap

Resepi Mee Kari yang Sedap dan Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *