Assalamu’alaikum…

Resepi Kerutup Udang Paling Sedap – Alhamdulillah bersua kita kembali dan dapat lagi kita berkongsi ilmu yang membuat kita gembira, membuat kita bertambah ilmu (mudah-mudahan). Semoga dengan ilmu ini dapat kita membina kehidupan yang lebih bahagia ya, dapat menyediakan menu kegemaran keluarga dan sahabat handai. Saya suka mengunjungi sanak saudara dengan buah tangan saya. Saya gembira melakukkannya. Tambah-tambah lagi My Hubby yang tak pernah nak melarang saya dalam mencuba resepi-resepi baru.

Dia lah yang selalu memberi komen-komen, walaupun kadang-kadang dapur saya bersepah dengan peralatan memasak, My Hubby tetap memahami. Saya tak tahu kenapa saya obses sangat dengan masakan, kalau nak try buat resepi baru tu, kadang-kadang tak menyempat-nyempat nak tunggu hari minggu. Balik kerja sebelah malamnya terus je ke dapur. Sudahnya, dapur belum kemas sempurna, mata dah mengantuk. Emm.., memang pun bila dah siap buat, baru terasa kepenatannya. hehehe….

Tempat kerja saya, menuntut saya bekerja lebih dari 12 jam sehari, terkadang sehingga 16 jam!! Stress jugalah terkadang tu. So…saya ada cara tersendiri untuk menanganinya. Salah satunya dengan melakukan hobi saya. Ya…memasak.!! mencuba resepi baru, lebih mengujakan bilamana hasilnya disukai oleh ibu saya, anak-anak dan My Hubby, tentu mengembirakan.

Ok, untuk hari ini nak saya kongsikan satu resepi baru untuk rakan-rakan semua. Resepinya ialah Kerutup Udang. Pagi tadi jenguk-jengik kat peti ais ada-ada udang galah yang kecik je. So…saya berkira-kira nak buat kerutup udang galah. Hhmmm…!! meleleh air liur membayangkannya. Kerutup udang ni saya buat untuk anak-anak saya yang sukakan udang. Jom kita tengok sama-sama resepi bawah ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang atau udang saiz besar
  • 400 ml pati santan
  • 160 ml sos tomato
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu teh gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan A:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar

Bahan B:

  • 4 cm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Bahan C:

  • 3 cm kayu manis
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar

Cara-cara Membuat:

  • Udang di bersihkan dan toskan.
  • Lumur dengan sedikit kunyit dan garam.
  • Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan.
  • Kisar halus bahan A.
  • Masukkan bahan C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum,kemudian kisar
  • halus guna pengisar kering. Ketepikan.
  • Panaskan 100 ml minyak dan tumis bahan B hingga wangi.
  • Masukkan bahan A dan tumis hingga harum.
  • Tambah bahan C,kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  • Tambah kerisik,masukkan udang dan gaul rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Tabur hirisan daun bawang sebelum di hidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Kerutup Udangi ini?… Sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Kerutup udang ini tak hanya sedap dimakan dengan nasi panas. Tapi sedap juga dimakan dengan roti atau pulut. Jangan lupa share juga dengan rakan-rakan yang lain, jika resepi ini memang sedap sangat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Resepi Tomyam Campur Pekat yang Sedap dan Mudah

Resepi Kerutup Udang Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *