Assalamu’alaikum…

Apa khabar hari ini?… semoga sihat semuanya ye… Hari ni share resepi mudah tapi sedap. Saya buat semalam, tapi kan semalam saya cuti dan tak on laptop langsung. Kecuali malam tadi masa balik tu, saya on kejap. Kerabu Ikan Tongkol saya suka lah, sebab ada tomato dan hirisan kacang botol. Rasa macam balance je dengan rasa asam, manis dan kelemakkan ikan tongkol tu. Sedap dimakan bersama nasi panas, makan lauk tu saja pun dah ok..sedap.

Tapi tulah seperti saya selalu kata, sedap pada tekak kita tak mungkin sama dengan orang lain. Citarasa kita berbeza-beza kan. Apa-apa pun anda kalau ingin cuba sesuatu yang agak lain, boleh juga ganti dengan ikan kembong, atau tenggiri.

Kerabu memang menjadi hidangan pembuka selera dan salah satu darinya adalah kerabu ikan tongkol. Sekarang dah mudah untuk membakar ikan menggunakan ‘magic pan’, jadi bila-bila masa sahaja kita boleh menikmati kerabu ikan tongkol yang sedap ini. Resepinya mudah dan ringkas sahaja tetapi di jamin anda makin berselera untuk menjamah nasi dengan menggandingkannya bersama kerabu ini. Okey kita simak resepi bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ikan Tongkol (ikan kayu/ ikan aye) sederhana besar [saya guna 1 ekor]
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • Sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • Secubit garam ikut selera anda
  • Air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • Sedikit gula (ditambah)
  • 1 kuntum bunga kantan (saya tambah) – dihiris nipis

Cara-cara Membuat:

  • Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua. Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
  • Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis bawang besar, cili merah, cili api dan bunga kantan.
  • Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
  • Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi. Gaulkan bersama dengan air asam dan belacan, garam dan gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi.
  • Taaaarrraaaa… siap untuk dihidangkan.

Sila cuba resepi yang saya telah berkongsi dengan Artikel di atas. mungkin boleh jadi untuk semua. Jangan lupa untuk share juga ye, lain membiarkan kawan-kawan juga boleh cuba membuat resepi ini. Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Ikan Siakap Goreng ala Thai Paling Sedap

Resepi Kerabu Ikan Tongkol yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *