Assalamu’alaikum…

Resepi Kembung Bakar Berempah Paling Mudah dan Lazat – Bila hati sakit kita kena cari ubatnya. Antara ubatnya ialah:

  1. Baca Al Quran dan memahami maknanya. Orang yang dah mahir baca Al Quran, cuba pula membaca terjemahan dan tafsirnya.
  2. Berpuasa. Orang yang sakit hati, hendaklah perbanyakkan berpuasa. Orang berpuasa, amalan lebih sebab nafsu kurang kerana perut kosong.
  3. Bangkit malam dan melakukan solat 2 rakaat semasa bangun bersahur. Ambik masa untuk berdoa dan memohon dengan Allah. Perbanyakkan bertasbih kerana waktu malam adalah waktu mustajab doa.
  4. Perbanyakkan zikrillah serta berdoa.
  5. Berdamping bersama orang yang alim dan soleh. Panggil orang alim datang rumah untuk berbuka puasa dan solat di rumah. Bila tengok muka orang alim, ada Nur di mukanya walaupun berkulit gelap. Orang alim menpunyai raut wajah yang tenang. Ambil keberkatan supaya hati kita jadi tenang. Rugi lah berada dalam bulan Ramadhan, jika kita tidak tergolong dalam golongan orang soleh.

Sekarang kita masuk pula bab resepi, setiap hari memang pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak. Walau pun satu lauk, saya ingin juga menyediakannya demi merebut peluang yang Allah tawarkan untuk mereka yang menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Suami pula akan memasak nasi. Anak anak pula akan menghidang. Maknanya semua menpunyai bahagian.

Jom kita tengok Resepi Kembung Panggang Berempah yang saya beli dari Kota Kinabalu yang sangat segar. Kalau untuk dibakar, ikan mestilah yang benar benar segar. Oleh kerana saya tiba di rumah agak lewat, saya meminta Aisyah menyediakan bahan kisar dan diperap pada ikan. Bila tiba di rumah, saya hanya tinggal membakar dan membuat Sambal Kicap yang sangat sedap. Jom tengok resepi bawah ini…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) – saya guna ikan kembung
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan Dikisar Bersama:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas gula dan garam secukupnya Sedikit air

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
  • Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.
  • Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil.
  • Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya.
  • Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.
  • Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Kembung Bakar Berempah ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu dan rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan Semoga berjaya…

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Talapia Paling Mudah dan Sedap

Resepi Kembung Bakar Berempah Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *