Assalamu’alaikum…

Apa yang menariknya, gulai neh boleh dimasak sendiri dirumah. Sebab tak payah lah nak susah-susah pi tempah sana sini ye Kari Kepala Ikan Merah, bukan yer murah satu set hidangan kepala ikan di restoren, mahal. Sekarang mudah dan tak sampai setengah jam tau penyediaannya gulai ni, tak payah stim kepala ikan tu. Yang paling penting ialah ia berkhasiat dan tidak mempunyai high kalori, No Santan, No Susu Cair okey.

Just semata-mata rempah ikan dan bahan-bahan asli digunakan untuk menjadikan ia rasa yang sangat lazat dan puas dimakan walaupun masuk dua hari ia disimpan. Ok, pada hari Senin yang lepas, kami berdua jemput my pak dan mak mertua hadir ke rumah untuk dinner bersama2 dirumah kami. Ipar duai pun hadir memeriahkan suasana. So, decide nak masak speacial dishes. Apalagi masakan orang utaralah kan… hehehhe

Respon? Alhamdulilah, ada lak tempah kari kepala ikan neh untuk hari kedua semua sukakannya. So, masuk hari selasa pulak my mak mertua ajak dinner pula dirumahnya. Tapi kali neh dia nak saya gak masak kari kepada ikan tuh buat kali kedua….What!!! Dalam hati berkata-kata ” eh… diorang neh tak bosan ke makan buat kali kedua berturut-turut heheheh…” My pak mertua mencelah…saya, ayah sukalah saya masak kari kepala ikan tuh. Nanti tolong masakkan ye hari ini, ayah nak makan puas-puas. Nanti kita pi pasar econsave ye beli kepala ikan merah pulak ye.

Tentulah happy dan riang sebab ada gak orang hargai masakan saya yang tak seberapa neh. Syukur, resepi my ayahanda sudah sebati dalam jiwa neh. hehehhe 😀 Ok, tak mo buang masa lagi…mari saya kongsikan resepi neh ye. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu nak makan apa nanti. Sejak dua menjak neh suka lak masuk dapur setiap ari. hehehheh nak jadi mak orang ofkoslah kan. Ahahaaa…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang merah dihiris halus
  • 3 biji bawang putih dihiris halus
  • 1 biji bawang besar dipotong 4
  • Halba campur satu sudu kecil
  • 5 sudu besar Rempah Kari Babas yang telah di bancuh dgn air panas(Jenama neh sedap dan x pedas sgt)
  • 4 sudu besar Asam Jawa
  • 2 biji tomato merah di potong 4
  • 10 biji buah bendi
  • 2 biji cili merah di hiris panjang2
  • 3 helaian daun kari
  • 1 Kepala Ikan Merah fresh
  • Secubit garam dan gula secukup rasa
  • 1 senduk minyak masak

Cara-cara penyediaanya:

  • Sediakan periuk yang bersesuaian dgn size kepala ikan merah yang hendak dimasak, tidak mahu ia hancur masa dibalikkan nanti ye.
  • Pertama sekali, masukkan minyak satu senduk.
  • Tumiskan halba campur, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus sehingga kekuningan dan berbau harum.
  • Kemudian, masukkan rempah kari Babas yang telah dicairkan dengan air panas dan daun kari.
  • Tumis rempah tersebut sehingga naik minyak dan bau selama 10 minit.
  • Selepas itu, masukkan air asam jawa dan tambah air masak dalam 3 cawan.
  • Kacau sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan kepala ikan merah, tomato, bendi, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
  • Tunggu sekali lagi sehingga mendidih.
  • Untuk lebih kaw rasanya, masak dgn api yg kecil dan tunggu sehingga kuah ikan sedikit likat dan pekat….
  • Sedia untuk dihidang seisi keluarga.

Nota:

  • Untuk mengelakkan ikan menjadi hancur.Jangan masak terlalu lama.
  • Gunakan asam jawa yang mempunyai biji. Asam jawa jenis ini tidak terlalu masam.
  • Anda juga boleh menggunakan ikan lain selain dari biji nangka seperti Ikan
  • Bawal/Merah/Jenahak/Kembong dan lain-lain.
  • Kari Ikan ini akan menjadi pekat dan sedap jika disediakan sehari awal.

Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Maggi Asam Laksa Sardin Spesial

Resepi Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *