Assalamu’alaikum…

Resepi Kari Ikan yang Simple dan Sedap Sangat – Bila nyawa di kerongkong, pintu taubat telah tertutup buat selamanya. Ketika itu kita akan mula melihat 2 alam iaitu alam nyata yang ada di sekeliling kita. Kedua alam ghaib di mana kita akan melihat makhluk ghaib yang pertama iaitu malaikat maut. Masa tu, kita boleh tahu jika kita mati baik atau tidak dengan melihat siapa pasukan malaikat yang datang. Manusia juga akan kali pertama melihat roh nya sendiri bila roh keluar dari jasad. Roh orang beriman akan diwangikan dengan wangian syurga. Dari Padang Masyhar kita akan melintasi titian sirat selama 50-70 tahun perjalanan. Masa atas titian sirat dah terbau wangian syurga. Wangian syurga itu diberi pada orang beriman yang baru lepas kesakitan sakaratul maut.

Hidup dunia sekejap jer. Kita hidup lebih lama di alam barzah. Tengok sahaja nenek moyang kita yang telah lama pergi. Telah berapa lama mereka berada di alam barzah. Apa lagi manusia di zaman Nabi Adam, pasti lagi lama. Di Padang Masyhar kita berada 50 ribu tahun. Kena ingat masa dunia tidak sama dengan masa di akhirat. Jadi berbaloi kah kita berebut rebut bermusuh musuhan menjadi hamba abdi pada dunia. Bekerja siang malam tanpa pedulikan tanggunjawab pada keluarga. Atau dalam melakukan pekerjaan, melakukan perkara yang membawa dosa. Semoga ianya menjadi peringatan dan berguna buat kita semua.

Meh kita masuk pula bab resepi. Hari ini saya nak kongsikan cara saya menyediakan Kari Ikan. Saya belajar dari kakak ipar saya cara menyediakan Kari Ikan yang sedap. Walaupun rasa dah ada tapi rupanya tak berapa menjadi. Rasanya masih kurang minyak dan juga santan terlebih pekat. Memasak memerlukan kita selalu praktis. Jika hari ini tak menjadi, cuba lagi. Pasti lama lama akan menjadi sedap dan cantik. Saya memang suka kari yang dimasak oleh kakak ipar saya. Kalau memasak kari ikan, mesti ada rasa masam masam sedikit.

Jom kita layan resepi dan cara menyediakannya. Jom layan…

Artikel Lainnya:

Bahan Utama:

  • Kepala ikan dari sekor ikan + 2 atau 3 ketul bahagian badan ikan atau apa jua jenis ikan. (sedapnya guna ikan temenung atau ikan jenahak)
  • 11 kacang bendi
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 biji cabai hijau
  • 1 batang pokok daun saderi (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)
  • 1 batang pokok daun bawang (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)

Bahan Tumis:

  • 1 pelepah daun kari
  • 1 ulas bawang merah sederhana besar (hiris halus)
  • 1 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1/2 sudu kecil halba campur

Bahan Tumbuk/Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah yang kecil
  • 1/2 sudu kecil kfc jintan putih
  • 1/4 sudu kecil kfc jintan manis
  • 1 sudu kecil kfc lada hitam
  • 1/4 sudu kecil kfc serbuk kunyit
  • 3 sudu besar atau 1 peket kecil rempah kari ikan (boleh juga guna rempah giling)
  • 1 sudu besar garam atau secukup rasa
  • 5 sudu besar santan
  • Air asam
  • 1 1/2 – 2 gelas air
  • 3-4 sudu besar minyak masak

Cara-cara Membuat:

  • Nak mudah, tumbuk dulu jintan putih + jintan manis + lada hitam + serbuk kunyit. Kemudian tumbuk skali bawang merah dan bawang putih.
  • Campur rempah kari dalam bahan tumbuk tadi, dan masuk sikit air. Kacau sebati. Anak teruna tolong saya masak
  • Goreng tanpa minyak dulu halba campur sampai kering air dalam periuk (sebab kita basuh dulu semua bahan sebelum masak ye)
  • Kemudian baru masuk minyak masak dan bahan hiris + daun kari sampai bawang naik bau dan kekuningan.
  • Masuk campuran rempah tadi, kacau hingga pecah minyak.
  • Kemudian masuk air asam.
  • Masuk air dalam 1 setengah gelas air. Biar didih.
  • Kemudian masuk santan. Biar didih sekejap saja, masuk akar batang daun sup dan daun bawang.
  • Masukkan bendi + cabai hijau dan biar sekejap dalam 5 minit.
  • Masuk ikan biar sehingga didih
  • Dah masak ikan masuk tomato dan tutup api. Masuk garam dan rasa
  • Dah Siap…

Semoga perkongkian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Cara Membuat Sup Belut yang Simple dan Istimewa

Resepi Kari Ikan yang Simple dan Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *