Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas boleh menjadi pilihan menu masakan simple dan ringkas. Bagi sebahagian orang memasak ikan tongkol sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagi orang yang sekali-kali masak, mesti ada yang kena buat rujukan. Bukan korang tak tahu memasak, tetapi untuk tujuan innovasi bila ada yang kongsi cara lain membuat masakan lebih sedap dari kebiasaan.

Semasa hari raya, anak-anak mesti nak merasa hidangan nasi kerana berhari-hari makan kuih muih raya sahaja. Pagi-pagi saya ke pasar mencari ikan tongkol untuk dimasak hari ini. Saya dah lama membuat masakan ikan tongkol masak kicap pedas ini.

Tak payah nak fikir-fikir lagi, tangan sudah automatik nak ambil ini dan itu, hiris ini dan itu. Resepi ikan tongkol masak kicap pedas ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau ada ikan aji-aji menggantikan ikan tongkol, tentu lebih sedap sebab isinya lebih lembut dan kuah kicap dapat meresap masuk hingga kedalam isinya.

Ok semua dah kenal jenis tongkol ? Marilah kita memasak pulak yer. Masak yang simple-simple jer tapi sedap .

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/hijau – hiris
  • 1 batang daun sadri/daun bawang – hiris
  • 1 batang kulit kayu manis – opsyenal

Bahan-bahan sos:

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Sedikit gula

Bahan bahan kisar:

  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak.
  • Masukkan semua bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.
  • Setelah mendidih, bawang besar dan cili hidup. Saya guna cili hijau solok dari Kelantan. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.
  • Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Resepi ikan tongkol masak kicap pedas paling sedap dan mudah sudah siap untuk disediakan kepada keluarga anda. Lebih sedap jika dilawankan dengan nasi panas. Anda boleh ganti ikan tongkol dengan ikan aji-aji yang tentu lebih sedap kerana isinya lebih lembut dan kuah kicap boleh meresap masuk ke dalam isinya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Gulai Asam Pedas Ikan Patin

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas yang Simple dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *