Assalamu’alaikum…

Saya percaya, ramai yang suka makan ikan siakap ni kan? Kalau di kedai-kedai ikan bakar, ikan siakap adalah antara ikan yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Ok, apa kata saya kongsikan satu resepi mudah untuk anda semua iaitu Resepi Ikan Siakap Stim Lemon. Lemon atau limau pun boleh. Mana-mana pun tak kisah. Resepi ni meyihatkan tau. Jadi, siapa yang nak kuruskan badan tu boleh makan siakap stim lemon ni setiap hari. Hihihiii….

Bila menyebut masakan stim yang pasti terbayang adalah ikan siakap. Boleh juga guna ikan lain seperti kerapu, bawal tapi ikan siakap paling sinonim dengan masakan stim. Yang paling paling utama ialah mendapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisannya. Masakan stim tidak hanyir. Jom layan resepi yang digunakan hari ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 batang serai dititik
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji tomato, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan Hiris Halus:

  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
  • Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
  • Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.
  • Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
  • Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
  • Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit.
  • Angkat dan hidangkan.

Faedah Lemon:

  1. Kurangkan tekanan darah tinggi. Kalium adalah sebatian yang terdapat dalam lemon, dan mempunyai kesan melegakan tekanan darah tinggi. Tambah limau untuk makanan dan minuman anda untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  2. Melegakan selesema dan selesma biasa. Selama bertahun-tahun lemon telah diketahui memiliki sifat terapeutik untuk mengurangkan gejala selesema biasa.
  3. Cuba air lemon untuk mengurangkan kahak, dan meningkatkan peningkatan kelembapan untuk meningkatkan kualiti udara yang kami nafas. Ia juga membantu melegakan demam kerana ia boleh meningkatkan jumlah peluh.
  4. Mengurangkan keradangan. Lemon adalah diuretik semulajadi, yang akan meningkatkan air kencing dan membuang bakteria dan toksin dari aliran darah. Lemon sangat penting untuk membantu mengurangkan penyakit radang akibat arthritis dan rematik.
  5. Mengurangkan risiko batu ginjal. Menambah limau untuk minum air Anda boleh meningkatkan sitrat kencing, yang mungkin mengurangkan peluang pembentukan kristal yang boleh membentuk batu ginjal.
  6. Mengurangkan sakit tekak dan mulut. Gargling dengan air bercampur dengan jus lemon dapat menurunkan jumlah bakteria di mulut. Air limau berfungsi seperti air garam yang antibakteria, boleh membantu melawan jangkitan tekak, dan luka-luka yang bernanah.
  7. Membantu penghadaman dan mengurangkan loya. Campurkan lemon atau kapur dengan air suam untuk menenangkan masalah pencernaan di dalam perut, membolehkan ia berfungsi semula dengan normal.
  8. Kurangkan gatal-gatal dan ruam kulit. Sapukan lemon ke kulit dengan gatal-gatal atau ruam untuk melegakannya.

Semoga apa-apa yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Pedas Paling Sedap

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *