Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Selar Masak Tauchu Yang Sangat Sedap – Hari ini saya memasak Ikan Selar yang dibeli di Morib hari minggu lepas. Serius, memang tak pernah tengok ikan selar sebesar itu, agaknya sebesar paha budak budak kot. Bila dah dipotong nipis, dapat juga sebesar tangan. Haa.. gitulah besarnya tu.

Nyonya tu dok kempen suruh ambik katanya sedap, lembut, cantik dan macam macam lagi. Tu yang saya ambik seekor. Bila dah dipotong dia masih memuji, tengok ni, cantik isinya. Itu yang saya suka bila penjual bercakap pasal produk mereka, yang boleh membantu saya membuat keputusan membeli dengan lebih mudah Ikan selar.

Oleh kerana sejak beberapa hari ini, belum ke dapur sepenuhnya, saya sempat bertanya dengan Pak Cik Google, apa masakan yang sedap untuk dimasak Ikan selar. Jawabnya hahaha Masak Tauchu ler. Jadi balik office tadi terus ke dapur kerana memang dah tak sabar nak memasak Ikan selar DenganTauchu kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini. Lagipun ada stok tauchu yang dibeli semasa membuat Mee Rebus Johor tempohari.

Waah betul betul sedap lah isi ikan selar yang besar ni, tak tipu nyer… memang sedap sangat sangat. Haaa macam tu sekali tulis sedap, maknanya betul betul sedap lah tu. Alaa kalau ikan selar kecik yang biasa kita beli selebar 3 jari tu pun, dah sedap isinya kan? Putih dan manis jer terutama kalau yang segar. Apalagi yang besar… lembut sangat isinya. Pendek kata masak apa pun sedap kalau ikan yang jenis sedap macam ni. Nanti nak kena cari lagi nih. Jom kita layan resepi dulu.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kilo ikan
  • 2 peket taucu
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 4 biji cili merah
  • 3 cm halia
  • 1 sudu teh asam jawa segera
  • 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  • Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
  • Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia.
  • Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.
  • Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa.
  • Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.
  • Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Selar Masak Tauchu ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Masak Singgang Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Selar Masak Tauchu yang Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *