Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Satu lagi resepi yang mudah ringkas dan sedap ialah Ikan Patin Sos Lada Hitam ! Saya masak yang ringkas-ringkas aje bila anak-anak dah mula bersekolah. Semuanya kerana nak mengejar masa. Pagi, lepas subuh aje terus keluarkan ikan, ayam, udang atau daging. Pas tu terus tanak nasi. Pagi kami jarang bersarapan, biasa suami ita hanya minum air aje.. sesekali baru bersarapan.. itu pun agak lewat.. Kalau dah lewat sangat, ita terus masak untuk makan tengahari. Anak-anak pun jarang ambil sarapan pagi. Kalau dulu masa kecik-kecik memang ita paksa mereka ambil sarapan.. bila dah besar semuanya tak mahu sarapan, sekadar minum secawan kopi atau teh dah buat alas perut kata mereka.

Hari ini di samping lauk tumis air taugeh dan cendawan, saya masak lauk ikan ni.. masih lagi ikan patin. Ikan patin saya masak lada hitam. Sebenarnya tak kisah nak guna ikan apa pun.. tapi memandangkan hanya ikan patin aje yang ada.. saya masak lah menggunakan ikan patin.

 

Resepi ni mudah dan ringkas, masak pun kejap aje.. taklah lama berpencak di dapur. Semuanya campak-campak aje.. dah jadi dah hidangan makan tengahari.. mudah aje kan.. di samping terjaga kebersihan ianya juga menjimatkan dan yang paling utama di masak dengan penuh kasih sayang. Anda boleh siapkan masakan dalam masa yang singkat. Resepi ini saya sediakan dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh gandakan sekiranya ingin disediakan dalam kuantiti yang banyak.. 🙂

Ok-lah..tanpa berceloteh panjang, jom kita tengok apa bahan yang diperlukan untuk nak sediakan Resepi Ikan Patin Sos Lada Hitam Mudah dan Sedap ini. Jom semak resepi mudah ni.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 5 sudu jus limau nipis

Bahan-bahan kisar:

  • 4 tangkai cili kering
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • i inci halia

Bahan-bahan lain:

  • 1 sudu mkn kicap masin
  • 1 sudu mkn kicap manis
  • 4 sudu mkn sos lada hitam
  • 1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar
  • Garam
  • Gula
  • Air

Cara-cara:

  • Perap ikan dengan jus limau nipis selama 20 minit.
  • Bersihkan ikan dan goreng ikan hingga kuning keemasan.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan kisar..masak hingga garing or pecah minyak.
  • Masukkn sos lada hitam, lada hitam yang ditumbuk kasar, kicap masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukn sedikit air dan biarkan didih seketika.
  • Setelah pekat..angkat dan tuangkan sos lada hitam ke atas ikan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Wah.. sudah siap la awak.. hehe.. Senangkan? Apa tunggu lagi.. Selamat mencuba..

Read More: Resepi Ikan Keli Bakar Berempah Sempurna

Resepi Ikan Patin Sos Lada Hitam Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *