Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Nyok-Nyok Goreng Sambal Pedas – Orang kita panggil Ikan Nyok-nyok, orang Brunei panggil Ikan Putih, orang putih panggil Trevally dan orang Qatar panggil Zubeydi.

Lauk ni memang berkuah ala-ala ada takde aje… tapi itulah yang sedap dan menjadik rebutan. Dia orang selalu komplen kuah lauk ni sikit sangat… tapi kalau dah terbanyak kuah, dah tak nama lauk asam tapi lauk singgang la pulak…

Ada nampak asam keping kat dalam gambar tu? Kita terpaksa guna sebagai penambah rasa masam sebab asam jawa tinggal seciput aje dalam bekas. Hahaha… tukang masak kena selalu kreatif di waktu-waktu kecemasan. Macam mana pun lauk mesti kena jadik. Daun limau purut tu kita saja-saja aje letak… kebetulan ada…

Hmmm… buruk benor gambor ikan ni ek? Maaflah kali ni main pap-pap tekan asal jadi jer. Tak sempat nak kasi posing… nak ambik angle. Rakyat dah tak sabar menunggu… lapar sangat…

Lauk ni kita selalu masak bila dah tak ada idea nak masak apa. Walaupun ini lauk asal jadik, diaorang semua suka makan. Senang aje nak masak ni dan boleh guna apa-apa jenis ikan pun. Jom masuk dapur!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan nyok-nyok seberat 1kg – bersihkan dan potong menjadi 5 keping. Lumur dengan sedikit garam dan goreng separuh masak – angkat dan ketepikan
  • 1 sudu pati asam jawa – bancuh dengan sedikit air ( atau 1-2 keping asam gelugur)
  • 1/2 cawan perahan jus limau nipis
  • 300ml santan cair
  • 200ml santan pekat
  • Garam / perasa pilihan
  • Minyak

Bahan kisar:

  • 20 biji cili kering
  • 1 genggam ketumbar biji
  • 3 biji bawang putih
  • 5 biji bawang merah

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bancuhan air asam jawa atau asam keping / gelugur.
  • Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan dan biarkan sebentar.
  • Masukkan santan pekat, garam / perasa pilihan.
  • Biarkan kuah mendidih seketika, dan kemudian tuangkan jus limau nipis.
  • Gaul perlahan, dan padamkan api dapur.
  • Sedia untuk dihidang

Sekadar resepi masakan harian yang telah dicuba. Diabadikan di dalam blog ini untuk rujukan sendiri /anak-anak dimasa hadapan. Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan yang Sedap

Resepi Ikan Nyok-Nyok Goreng Sambal Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *