Assalamu’alaikum…

Semalam berpuasa. Teringin nak makan ikan masak pindang. Lama dah nak buat, bahan-bahan pun dah siap-siap dibeli masa hujung minggu yang lalu. Apa lagi, sampai ke rumah terus keluarkan ikan dari freezer dulu dan masak nasi siap-siap. Nanti ikan dah lembut senang la nak masak. Dan hasilnya, wallahhh!!! Lama dah mengidam ni. Semangkuk kuah masak pindang ni saya hirup. Anak-anak pun berselera makan.

Ikan masak pindang ni biasanya saya masak guna ikan selar kuning yang kecil-kecil tu. Sedap dan manis rasanya. Tapi nak guna ikan lain macam ikan kembung, ikan selar atau ikan-ikan lain pun boleh juga. Ikut selera masing-masing. Masak singgang ni berkonsepkan rebus. Main campak-campak je semua bahan dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih. Pasti menjadi lah masak pindang ni walaupun baru first time masak.

Masak pindang ini juga sesuai bagi yang sedang berpantang. Tidak berminyak dan menyihatkan. Ada setengah tempat panggil masakan ni sebagai masak singgang. Pada saya sama je singgang atau pindang. Yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan di mana singgang kalau tak silap saya ada menggunakan lengkuas, tetapi pindang tak ada. Ini ikut resepi turun temurun yang saya belajar dari mak saya lah kan. Apa pun, singgang ataupun pindang, kedua-duanya saya suka. heheheee

Saya kongsikan resepi mudah ikan masak pindang saya di sini. Kot lah ada yang nak mencuba kan.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan selar ( ikut citarasa sendiri)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (Semua bahan dihiris halus)
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk halus
  • 2 batang serai dititik
  • Cili padi – jika nak pedas
  • Cili merah dibelah dua
  • 5 keping asam gelugur
  • 5 cawan air
  • Garam secukupnya

Cara-cara Membuat:

  • Tuang sedikit minyak kedalam periuk. Tumis bahan yang dihiris halus, serai dan kunyit hingga wangi.
  • Masukkan air, garam dan asam keping. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan kacau sebentar. Rasa garam secukup rasa.
  • Tutup api dan boleh dihidang.

Ada juga yang suka masukkan bendi dalam masak singgang ni. Pun sedap juga. Makan dengan nasi panas, kuah lebih, pasti puas hati. Ok, bolehlah cuba ye. Simple je, asti menjadi punya. Selamat menjamu selera dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Ikan Keli Cili Padi Sedap yang Mesti Cuba

Resepi Ikan Masak Singgang Paling Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *