Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kerisi Masak Cuka – Salam pagi Rabu untuk semua… diharap semua nya sihat-sihat walafiat disamping tugasan harian kita baik yang wajib atau yang sunat makroh segala. Buatlah apa saja kegemaran kita asal jangan abaikan yang wajib ya!!! Hari ini saya nak kongsikan resepi menu cukup ringkas, mudah disediakan dan insyaallah menyelerakan. Yang tak jemu dimakan dan menjadi kegemaran orang belah-belah utara sana iaitu masak ikan cuka, buat menggunakan ikan kerisi atau ikan tongkol.

Memang pebret keluarga kalau ikan ni. Kalau yang nak tukar guna ikan lain pun boleh seperti ikan kerisi, ikan kembung, ikan tenggiri pun sedap. Kali ini buat versi berkuah sket ni ya. Kalau yang tak suka berkuah sangat boleh kurangkan sukatan air dan kurangkan juga sukatan cuka yang digunakan supaya tak terlalu masam.

Ikan kerisi masak cuka sudah menjadi kegemaran seisi rumah saya jugak, walaupun dah tak tinggal di utara lagi hehehee… Paling tidak seminggu sekali mesti buat masak cuka ni. Jom terus tengok resepi yang agak mudah ni.

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan kerisi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar – dipotong baji/wedges
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1’2 in halia – dihiris
  • 2 biji cili merah – dihiris serong
  • 5 – 7 biji cili padi
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml air
  • 3 sudu besar cuka
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong
  • 1/2 batang timun – dipotong (buang bahagian empulur)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
  • Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
  • Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
  • Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
  • Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
  • Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Ikan masak cuka dah siap dah boleh makan dengan nasi lah panas ke sejuk boleh lah dilayan kalau ada yang suka pedas boleh gigit tu yang atas dua tiga biji tu baru menendang sikit. Hahahaaa…

Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Asam Pedas Melaka Asli yang Sedap dan Lazat

Resepi Ikan Kerisi Masak Cuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *