Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada – Okey la jom la ke resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan resepi masak-masak pula. Dah lama rasanyakan saya tak masak-masak memasak dalam blog ni. Memanjang baking membaking aje. Hehehe…Resepi kali ni Ikan Kembung Goreng Berlada yer. Resepi ni saya ambil dari resepi sedap kawan baik saya. Kalau ikutkan resepi asal sambal ikan kembung. Tapi macam biase saya ubah penggunaan ikan tu. Tetiba aje terasa nak sangat makan ikan kembung tu. Rasa macam dah lama sangat dah tak makan. Hihihi…

Saya memang suka jenis masakan yang macam ni, bertambah jugak makan masa ni. Sedap sangat, dah sendiri masak sendiri makankan. Hahaha…Menu ni memenuhi citarasa saya, cara masakannye pon ringkas saje. Jadi pada sesiapa yang teringin jugak tu, boleh la mencubanya pula yer. Pada kawan mohon untuk kongsikan pula yer resepi ni di blog saya ni pula. Terima kasih banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahannya yer.

Baca Juga:

Bahan untuk goreng ikan:

  • 3 Ekor ikan kembung sederhana besar
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan untuk sambal berlada:

  • Segenggam cili kering – gunting kecik-kecik untuk mengurangkan biji lada kemudian rebus bagi lembut
  • Bawang besar – 2 biji – kupas dan hiris untuk memudahkan di blend
  • Bawang putih 2 ulas – hiris
  • Halia – setengah inci
  • Asam keping 2 keping
  • Bawang holand sebijik hiris – jangan halus sangat
  • Bahan bertanda * blend dengan sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  • Siang ikan , basuh bersih dan lumur dengan kunyit dan 3 cubit garam. jangan lebih nanti masin, kalau ikan kecik dua cubit dah memadai,
  • Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. minyak kena panas betul. kalau tak nanti melekat kat kuali,
  • Dah siap goreng angkat dan ketepikan.
  • Bahan blend tadi tumis dengan minyak. minyak ni ikut la kalau korang nak sedap bubuh lebih sket. kalau tak suka oily dua suduh teh dah memadai. tumis sampai pecah minyak. sambil tumis jangan lupa kacau tsayat hangit. api sederhana je.
  • Dah pecah minyak masukkan bawang holand yang dihiris tadi dan gaul sebati.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan ajinomoto(kalau guna)
  • Kacau sebati dan masukkan sedikit air kalau nak kuah banyak masuk lebih sikit. saya suka sikit jaa sebab nanti sambal tak pekat. dan masukkan asam keping
  • Dah gaul sebati rasa pon dah ok, air pon dah kering, minyak sambal pon dah timbul korang masuk kan ikan yang digoreng tadi, api kecik kan dan balik balik kan ikan tu supaya sambal sebati dengan ikan.
  • Dah siap! makan dengan nasi panas panas, hhmm… sedap.

Nah…hidangan Ikan kembung goreng Berlada sudah sedia untuk dimakan. Menu malam tadi dilengkapkan lagi dengan telur dadar dan kacang buncis yang dimasak. Nak tau macam mana rasa ikan kembung goreng berlada yang saya masak tu?? Hah… Sepanjang-panjang makan suami saya tak habis-habis memuji keenakan masakan saya tu.

Katanya, memang berbeza kalau dibandingkan dengan masak berlada yang biasa dimakannya. Dalam pada dok memuji saya tu, sempat lagi dia tambah nasi. Hahaha… Memang dahsyat penangan air tangan suami ni. Saya pun tak sangka, cubaan pertama je dah menghasilkan kejayaan yang membanggakan! hahaha… Kalau korang tak percaya, bolehlah try masak sendiri kat rumah. Ala bukan susah sangat pun, simple je. Gerenti korang puas hati.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Kerapu Stim Ala Thai

Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *