Assalamu’alaikum…

Kali pertama saya memasak sendiri masak lemak cili padi menggunakan ikan keli salai. Kalau ikan keli, memang saya dah biasa sejak kecil. Maklumlah anak petani. Ikan keli biasa di tangkap di dalam sawah bendang. Yang paling saya suka ialah ikan keli lembut. Ianya menpunyai badan sedikit kekuningan di bahagian perut dengan terdapat corak berbintik bintik kekuningan. Isinya juga berwarna sedikit kekuningan.

Arwah bonda biasanya akan memasak lemak dengan diletak sejenis pucuk di dalamnya atau digoreng garam kunyit. Kedua duanya kesukaan saya. Sehingga kini pun, jika kebetulan balik kampung di akhir tahun, saya pasti singgah di pasar Jelawat untuk mencari ikan keli lembut. Ianya banyak terdapat ketika musim tengkujuh.

Semasa mengandungkan anak sulung, saya pernah teringin nak makan ikan keli lembut. Jenuh Hubby mencari dari gerai ke gerai di Pasar Chow Kit untuk mencari keli berbintik dan berwarna kuning. Hahaha dia sendiri tak pernah tengok ikan keli jenis itu. Tak dapatlah makan sampai bersalin. Nasib baik saya bukan jenis yang mengidam bagai bagai. Hanya sekadar terasa nak makan. Kalau tak ada pun, tak apa.

Jom layan resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1-1 1/2 kg ikan keli
  • 15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1/2 kg santan pekat-500ml santan
  • 600ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
  • 2 batang serai-di titik hujung
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • Sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • Garam secukupnya

Cara-cara Membuat:

  • Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bilas dan tos.
  • Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
  • Bersihkan pisang…buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
  • Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
  • Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
  • Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
  • Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.
  • Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.
  • Cepat-cepat padamkan api…boleh segera di makan bersama ikan kering, cencalok ataupun sambal belacan…..waduhhhh boleh tambah 2-3 pinggan tau..

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan keluarga anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Keli Bakar dan Air Asam Paling Sedap yang Wajib Cuba

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Lazat yang Menggugah Selera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *