Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Sedap – Banyak kali ustaz memberi contoh tentang berapa ribu bilangan warga kerja di pejabat tempat saya bekerja tapi hanya segelintir sahaja yang hadir majlis ilmu yang diadakan di surau setiap hari. Namun begitu, kita patut bersyukur sekiranya Allah menggerakkan hati kita untuk hadir majlis ilmu. Semuanya adalah dari Allah. Bukan kerana diri kita. Menuntut ilmu diberi ganjaran pahala yang besar kerana amalan tanpa ilmu adalah tidak sempurna, adakala tidak sah. Semoga mendapat manfaat.

Sekarang kita cerita cerita sedikit bab masakan. Saya memang suka makan ikan keli salai masak lemak cili Api. Kali pertama makan lauk ini di Seremban ketika membuat lawatan di pejabat Puan Rohani di Motorolla awal tahun 90an. Sejak itu, setiap kali ke sana, pasti saya akan singgah di restoran yang menjual lauk masakan Nogori.

Dan hari ini, merupakan kali pertama saya memasak sendiri masak lemak cili api menggunakan ikan keli salai. Kalau ikan keli, memang saya dah biasa sejak kecil. Maklumlah anak petani. Ikan keli biasa di tangkap di dalam sawah bendang. Yang paling saya suka ialah ikan keli lembut. Ianya menpunyai badan sedikit kekuningan di bahagian perut dengan terdapat corak berbintik bintik kekuningan. Isinya juga berwarna sedikit kekuningan.

Semasa mengandungkan anak sulung, saya pernah teringin nak makan ikan keli lembut. Jenuh Hubby mencari dari gerai ke gerai di Pasar Chow Kit untuk mencari keli berbintik dan berwarna kuning. Hahaha dia sendiri tak pernah tengok ikan keli jenis itu. Tak dapatlah makan sampai bersalin. Nasib baik saya bukan jenis yang mengidam bagai bagai. Hanya sekadar terasa nak makan. Kalau tak ada pun, tak apa. Jom layan resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan keli – cuci dengan jus limau nipis untuk hilangkan hanyirnya, kemudian bilas dengan cucuran air pili hingga bersih. Gaul garam kunyit dan bakar/salai hingga masak.
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 helai daun kunyit – disiat-siat
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 2 kotak kecil air (guna kotak santan yang sama)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:

  • Segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup

Cara-cara Membuat:

  • Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga airnya kering.
  • Masukkan santan pekat dan air.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  • Masak hingga mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak.
  • Bila ikan sudah masak, tutup api dan hidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi asam pedas ikan pari ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Saya harap resepi ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Paling Mudah dan Lazat

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *