Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api adalah hidangan khas Melayu yang lazat dan lazat untuk dimakan. Ikan Keli digunakan sebagai ramuan utama yang diberi perisa pedas dalam melayani ia menjadikan hidangan ini sangat istimewa.

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api boleh dikatakan gabungan dua hidangan yang berlainan. Resepi ini adalah kombinasi resipi ikan panggang yang digabungkan dengan resepi gulai yang sangat lazat dengan rempah-rempah khas negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Hari ini, merupakan kali pertama saya memasak sendiri masak lemak cili api menggunakan ikan keli salai. Kalau ikan keli, memang saya dah biasa sejak kecil. Maklumlah anak petani. Ikan keli biasa di tangkap di dalam sawah bendang. Yang paling saya suka ialah ikan keli lembut. Ianya menpunyai badan sedikit kekuningan di bahagian perut dengan terdapat corak berbintik bintik kekuningan. Isinya juga berwarna sedikit kekuningan.

Arwah bonda biasanya akan memasak lemak dengan diletak sejenis pucuk di dalamnya atau digoreng garam kunyit. Kedua duanya kesukaan saya. Sehingga kini pun, jika kebetulan balik kampung di akhir tahun, saya pasti singgah di pasar Jelawat untuk mencari ikan keli lembut. Ianya banyak terdapat ketika musim tengkujuh.

Semasa mengandungkan anak sulung, saya pernah teringin nak makan ikan keli lembut. Jenuh Hubby mencari dari gerai ke gerai di Pasar Chow Kit untuk mencari keli berbintik dan berwarna kuning. Hahaha dia sendiri tak pernah tengok ikan keli jenis itu. Tak dapatlah makan sampai bersalin. Nasib baik saya bukan jenis yang mengidam bagai bagai. Hanya sekadar terasa nak makan. Kalau tak ada pun, tak apa. Jom layan resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kilo ikan keli ( basuh dengan asam jawa dan garam)
  • 21 biji cili api
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai (titik)
  • Santan secukupnya
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam, ajinomoto

P/S: Saya salai ikan cara mudah dan cepat dengan menggunakan oven. Memandangkan sekarang kita tak jumpe lagi dapur kayu. huhu…

Cara Menyediakan:

  • Basuh bersih ikan keli. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  • Letakkan ikan dalam dulang pembakar dan masukkan dlm oven.
  • Bakar tempurung diatas api dapur gas sampai berbara. Kemudian letakkan dlm dulang alas oven.
  • Bakar ikan tadi dengan suhu 160’c selama 20-25 minit, terpulang pada citarasa masing-masing.
  • Setelah ikan disalai, keluarkan dan masukkan dalam periuk.
  • Tumbuk cili ,kunyit dan garam sampai lumat. Kemudian masukkan dalam periuk yang berisi ikan tadi, masukkan santan ,asam gelugor, serai yang telah di titik dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan ajinomoto. Biarkan seketika, setelah cukup masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Ikan Siakap Bakar Berempah Mudan dan Sedap Terkini

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *