Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Masak Sambal yang Mudah dan Sedap – Apa khabar hari ini rakan-rakan semua, semoga sihat ya?… Rakan-rakan yang sedang memikirkan apakah menu yang ingin dimasak di hujung minggu ini. Seperti rakan-rakan yang lain pada setiap hujung minggu saya selalu ingin memasak masakan istimewa untuk keluarga dan seperti biasa pada hari sabtu saya akan pergi ke pasar tani membeli lauk-pauk untuk bekalan seminggu.

Saya membeli banyak pada cili, bawang merah, bawang putih, ayam, dan semua kelengkapan dapur. saya jarang sangat membeli ikan sebab sudah mahal. tetapi, hari ini saya ingin memasak ikan jadi akhirnya saya membeli ikan keli. Dan masakan yang akan saya buat adalah Resepi Ikan Keli Masak Sambal. Pasti penasaran kan?.. Jom kita tengok bagaimana cara saya memasak.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 8 ekor ikan keli.
  • 10 ulas bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 10 biji cili masak.(Jika suka pedas boleh tambahkan cili api)
  • 2 biji buah tomato.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara Membuat:

  • Ikan keli di cuci bersih dan dikelar-kelar.
  • Perap ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Taburkan dengan sedikit tepung dan goreng sehingga garing-ketepikan.
  • Bawang merah, bawang putih, buah tomato dan cili masak direbus selama 5-6 minit.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan buah keras sehingga halus. Ketepikan.
  • Buah tomato dan cili masak di tumbuk kasar-ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi. Panaskan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan buah keras sehingga terbit baunya.
  • Kemudian baru masukkan buah tomato dan cili masak. Masak sehingga terbit minyak(benar-benar masak)
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan keli dan gaul sehingga rata.

Petua Goreng Ikan yang Mudah dan Praktikal.

Cuci Ikan Dengan Cermat Sebelum Digoreng

  • Salah satu sebab ikan meletup-letup apabila digoreng adalah kerana ianya masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang biasanya berlendir.

Untuk membersihkan lendir pada ikan ini, ada 2 cara:

  1. Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.
  3. Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

Perap Dengan Asam Jawa

  • Menurut Chef Brian, selebriti Masterchef, anda boleh juga menggunakan asam jawa sebagai perapan supaya isi akan lebih enak dan tidak melekat. Selain itu, asam jawa dikatakan dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah isi ikan hancur berderai atau meletup-letup nanti.

Cara ini selalunya digunaan untuk ikan yang sudah kurang segar atau sudah berada lama didalam tempat sejuk beku. Asam jawa untuk kempiskan perut

Pastikan Minyak Cukup Banyak

  • Penggunaan minyak yang agak banyak dapat membuat ikan mengembang dengan elok dan tidak menyentuh dasar kuali. Jadi, kurang risiko ikan melekat pada kuali. Barulah ikan akan masak dengan sempurna pada semua bahagian.

Panaskan Kuali dan Minyak Dengan Sempurna

  • Panaskan kuali terlebih dahulu, baru tuang minyaknya dan biarkan dulu hingga minyaknya cukup panas.
  • Kalau nak tahu minyak cukup panas atau tidak, boleh diuji dengan beberapa biji beras atau keropok. Kalau mengembang dengan cepat, maksudnya ia dah cukup panas. Inilah saat yang tepat untuk kita masukkan ikan ke dalam kuali supaya ia tidak melekat.
  • Tapi, jangan sampai ia terlalu panas kerana minyak yang terlalu panas pun boleh menyebabkan ikan melekat pada kuali ya!

Bagaimana Resepi Ikan Keli Masak Sambal tadi, mudah bukan?… Beberapa hari lalu saya juga menulis resepi ikan siakap goreng tiga rasa dan resipi ikan siakap stim limau yang bagus untuk anda baca. Besok-besok saya juga ingin mencuba memasak ikan lain dan bila kamu punya cadangan sila tulis di komen ya, terima kasih. Selamat mencba dan Semoga berjaya…

Read More: Resepi Sotong Bakar Bercili terkini yang Paling Sedap

Resepi Ikan Keli Masak Sambal yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *