Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Pedas Paling Sedap– Anda kenal dengan ikan keli? Kalau tidak kenal, cuba pergi ke pasar dan tengok pak cik mak cik yang jual ikan ada misai. Banyak yang jual ikan keli di pasar-pasar basah dalam keadaan masih hidup. Agaknya memang ikan ni tidak sesuai jika letak lama dalam peti sejuk. Tidak macam ikan laut, ikan air tawar lebih cepat berbau. Ada orang yang suka makan ikan keli, tetapi ada juga yang tidak suka sebab bau kot.

Saya memang suka membeli banyak cili, bawang merah, bawang putih, daging ayam dan semua kelengkapan dapur, tetapi jarang membeli ikan kerana harganya mahal. Hari ini saya cuba masak ikan keli sahaja. Ikan keli murah sahaja dibandingkan dengan ikan-ikan lain di pasar. Saya akan masak Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Pedas. Memang sedap ikan keli dibuat macam ini.

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli saiz sederhana
  • 1 sudu besar asam jawa (ramas dalam air untuk rendam ikan)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya
  • 2 batang serai ~ pecah-pecahkan
  • 1 – 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Aji dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya

Cara menghilangkan hanyir ikan keli: Perahkan beberapa biji limau (Saya gunakan 3 biji limau kasturi) dan gaulkan pada ikan bersama garam kasar. Biarkan anggaran 15 – 20minit. Bilas dengan air bersih.

BahanTumbuk/Kisar Kering:

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara Menyediakan:

  • Ikan keli dibersihkan (terpulang nak goreng sekor-sekor atau dikerat-kerat pendek macam yang saya buat tu..) dan rendam dalam air asam jawa selama 10 minit.
  • Cuci, tos dan gaul garam dan kunyit. Goreng garing dan ketepikan dahulu.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain, lalu tumiskan bahan-bahan tumbuk dan serai sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan bahan-bahan perasa secukupnya beserta asam gelugur.
  • Bila dah secukup rasa. bolehlah masukkan ikan keli yang digoreng tadi.
  • Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.

Itu sahaja Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Pedas. Semasa membeli ikan keli di pasar, minta pak cik mak cik buangkan isi perutnya supaya jimat masa memasak. Setelah dibasuh kotorannya, anda boleh menggunakan limau nipis dilumur ke seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan keli. Tips akhir, sebaiknya anda buat banyak hirisan pada badan ikan supaya mengurangkan ikan meletup semasa menggoreng. Semoga yang saya kongsikan bermanfaat. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Keli Masak Sambal yang Mudah dan Sedap

 

Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Pedas Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *