Assalamu’alaikum…

Suka sangat anak-anak saya hari ini dapat makan Ikan Keli Goreng Berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah. So, masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor. Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye…! Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye! Tapi kebiasaannya saya beli lebih. Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan! saya memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda saya tidak makan ikan air tawar, so beliau tidak pernah masak ikan keli dan ikan-ikan air tawar yang lain untuk keluarga.

Selera anak-anak saya banyak ikut ayahnya, tak cerewet macam ibunya dari segi makanan. Sebenarnya saya geli nak pegang ikan keli ni. Mula-mula dulu sampai nak termuntah semasa menyiangnya kerana tidak tahan dengan bau hanyir dan lendirnya. Tetapi demi anak-anak yang memang suka sangat makan ikan keli ini, maka saya cuba juga untuk memasaknya. Dan Alhamdulillah, sekarang ini dah ok.

Kalau dulu harga ikan keli agak murah, tetapi sekarang ini sekilo telah mencecah RM8.00. Di kedai seekor ikan keli goreng berlada dijual dengan harga RM5.00. Mahal kan! Apa yang tak mahal, semua barangan dan makanan mahal sekarang ini. Tak puas anak-anak kita makan kalau kita beli di kedai. Kalau ada enam anak, dah kena spent RM30. untuk sekali makan. Takkan nak beli dua ekor sahaja untuk dikongsi. Lagipun ikan keli ini kalau tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul, akan terasa kehanyirannya. saya memang the very cerewet mengenai bab ini. So better masak sendirilah kalau dah cerewet kan.

Just nak share resepi ringkas Ikan Keli Goreng Berlada ini dengan pembaca semua. Jom tengok apa specialnya resepi ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannnya:

  • 3 ekor ikan keli (kelar-kelarkan serta keratkan 2)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 biji limau kasturi (diambil airnya) -boleh juga digantikan dengan asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar:

  • 6 biji cili merah (boleh diganti dengan cili mesin/ cili kering)
  • 6-8 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (pilihan)

Cara Membuat:

  • Bersihkan ikan kemudian dilumurkan garam dan serbuk kunyit. (potong 2 ikan keli tuu)
  • Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan (Semasa menggoreng ikan keli ini mesti berhati-hati kerana ikan keli akan meletop bila digoreng. Seelok-eloknya tutupkan kuali dengan penutup dan semasa nak terbalikkan ikan keli – tutupkan sebentar api dapur apabila dah di terbalikkan ikan dan tutupkan kuali kemudian barulah dibukakan semula api dapur).
  • Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram, pati ayam dan kacau rata.
  • Masukkan juga garam dan gula secukup rasa serta air limau kasturi. Sebatikan.
  • Masukkan ikan keli goreng, kacau rata.
  • Tutupkan api dan sedia dihidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana.

Read More: Resepi Kari Ikan yang Simple dan Sedap Sangat

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *