Assalamu’alaikum…

Sekarang kita cerita-cerita sedikit bab masakan. Saya memang suka makan Ikan Keli Cili Padi. Kali pertama makan lauk ini di Seremban ketika membuat lawatan di pejabat Puan Rohani di Motorolla awal tahun 90an. Ketika itu, saya belum lagi mengenali keunikan masakan Nogori.

Sejak itu, setiap kali ke sana, pasti saya akan singgah di restoran yang menjual lauk masakan Nogori. Dan hari ini, merupakan kali pertama saya memasak sendiri. Kalau ikan keli, memang saya dah biasa sejak kecil. Maklumlah anak petani. Ikan keli biasa di tangkap di dalam sawah bendang. Yang paling saya suka ialah ikan keli lembut. Ianya menpunyai badan sedikit kekuningan di bahagian perut dengan terdapat corak berbintik bintik kekuningan. Isinya juga berwarna sedikit kekuningan.

Arwah bonda biasanya akan memasak lemak dengan diletak sejenis pucuk di dalamnya atau digoreng garam kunyit. Kedua duanya kesukaan saya. Sehingga kini pun, jika kebetulan balik kampung di akhir tahun, saya pasti singgah di pasar Jelawat untuk mencari ikan keli lembut. Ianya banyak terdapat ketika musim tengkujuh.

Semasa mengandungkan anak sulung, saya pernah teringin nak makan ikan keli lembut. Jenuh Hubby mencari dari gerai ke gerai di Pasar Chow Kit untuk mencari keli berbintik dan berwarna kuning. Hahaha dia sendiri tak pernah tengok ikan keli jenis itu. Tak dapatlah makan sampai bersalin. Nasib baik saya bukan jenis yang mengidam bagai bagai. Hanya sekadar terasa nak makan. Kalau tak ada pun, tak apa. Jom layan resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan keli – diperaskan dengan kunyit dan garam

Bahan-bahan Tumis

Bahan A:

  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang putih – 2 ulas

Bahan B:

  • Cili padi – 15 tangkai
  • Cili Merah – 2 biji
  • Belacan – 1 inci (dibakar dahulu)
  • Gula – 1 sudu kecil
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Pes asam jawa – 1 sudu kecil

Cara-caranya:

  • Goreng ikan keli sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu tumbuk dahulu bawang besar dan bawang putih. Asingkan.
  • Kemudian tumbuk bahan-bahan B pula. Saya lebih suka tumbuk guna slagi mesra dan berperasa.
  • Panaskan kuali. Guna minyak yang sama untuk menggoreng ikan keli tadi.
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  • Selepas itu,masukkan bahan-bahan B. Masak sehingga garing dan angkat.
  • Tuang di atas ikan keli yang telah digoreng tadi.

Tips Membersihkan Ikan Keli:

  1. Pertama, masukan ikan keli bersama beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya dan beberapa sudu garam besar di dalam besen. tutp dengan tudung periuk dan goncang.
  2. Ketepikan selama beberapa minit. kemudian gosok-sosokan badan ikan dengan limau kasturi, basuh ikan keli dan anda akan rasakan ikan keli mudah dipegang kerana lendir telah berkurang.
  3. Belah perut ikan keli dengan pisau, bersihkan semua bahagian isi perut dan insang. untuk menghilangkan hanyir buang pula sekali darah beku pada bahagian kepala.
  4. Potong semua sirip ikan keli dan kedua-dua patil. kemudian, cuci dengan air bersih. perapkan bersama garam dan limau kasturi selama kurang lebih 10 menit, terakhir bersihkan.

Bagaimana Resepi Ikan Keli Cili Padi tadi, mudah bukan? Besok-besok saya juga ingin mencuba memasak ikan lain dan bila kamu punya cadangan sila tulis di komen ya, terima kasih. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Ikan Cencaru Bakar Bersama Air Asam & Sambal Kicap Paling Sedap Terkini

Resepi Ikan Keli Cili Padi Sedap yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *