Assalamu’alaikum…

Hari ini saya hendak kongsikan entri yang telah lama tertangguh. Insya Allah pagi ini, saya akan menyertai program teambuilding jabatan organisasi tempat saya bekerja ke Hot Spring Sungkai. Semoga perjalanan dan urusan dipermudahkan dan kami semua diberi perlindungan Allah. Ameen. Resepi yang saya ingin share hari ini adalah Resepi Ikan Cencaru Bakar Sambal Kicap. Saya menyediakan sambal kicap untuk dicicah dengan Ikan Cencaru Bakar.

Sebenarnya ikan bakar tu sangat sedap walaupun dimakan begitu sahaja sebab isinya yang segar. Jarang sekali saya meratah ikan bakar kecuali ikan yang digoreng. Tapi kali ini, saya meratah ikan begitu sahaja. Selain untuk dicicah dengan ikan bakar, sambal kicap ini juga sedap dihidang dengan pisang goreng atau dimakan bersama mee hoon soup. Memberi sedikit rasa pedas pada makanan yang sedang dinikmati. Sangat mudah menyediakannya. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri.

Sambal kicap memang senang sangat nak dibuat dan bahan yang digunakan pun serba ringkas kalau ada cili api dengan kicap saja pun dah boleh dibuat sambal kicap ni. Saya dah tambah beberapa bahan lain dalam sambal kicap ni untuk ikut selera saya sendiri la…

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan untuk Ikan Bakar:

  • 2 ekor ikan cencaru yang telah dibersihkan (nak guna selain cencaru pun boleh)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • Daun pisang secukupnya nak balut ikan (nak guna daun pandan pun boleh)
  • Lidi/pencungkil gigi

Caranya:

  • Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & garam secukupnya
  • Bersihkan daun pisang, kemudian ltak ikan cencaru dan balut kemudian sematkan dengan lidi/pencungkil gigi yang bersih.
  • Sediakan pan grill, pan non stick atau bakar dalam oven.

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili api hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 biji limau nipis
  • Kicap lemak manis
  • Garam secukupnya
  • Lesung batu (nak guna blender pun boleh) tapi saya lebih suke guna lesung batu

Caranya:

  • Hiriskan bawang besar, kemudian ketepikan.
  • Tumbukkan cili merah & cili api hijau hingga lumat. Bubuh garam sedikit semasa menumbuk.
  • Tuang kicap secukupnya ke dalam magkuk, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi,
  • bawang besar yang dihiris, perahkan limau nipis & perasakan rasanya.
  • Jika sudah cukup rasanya, boleh dihidangkan bersama ikan bakar tadi.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Ikan Cencaru Bakar Sambal Kicap ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah menu hidangan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sotong Bakar BBQ Paling Sedap

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sambal Kicap Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *