Assalamu’alaikum…

Salam untuk semua… Hari ni saya masak Ikan Bawal Masak Kicap Pedas. Nama aje pedas, tapi tak delah pedas terlampau sangat. Saya guna cili kisar dalam 1 camca besar saja. Ikan bawal seperti anda tau, isinya agak tawar dan pada saya selain masak kicap, ia juga sedap dimasak sweet sour. Tapi boleh juga dibuat masak kari, asam pedas atau gulai.

Saya buat guna 2 ekor bawal bersaiz sederhana. Satu nak pesan, ikan bawal anda kena cuci betul-betul terutama dibahagian dalam perutnya hingga bersih dan tiada kotoran bewarna hitam, kalau tidak isi ikan bahagian perut akan terasa pahit. Kalau anda masak untuk anak-anak dan mereka tak tahan pedas, tak perlu nak letak cili kisar..Bagi yang baru-baru nak belajar memasak, saya rasa resipi ini sesuai untuk anda.

Bahan bahan:

  • 2 ekor ikan bawal bersaiz sederhana – (lumur garam kunyit dan goreng)
  • 1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/hijau – hiris
  • 1 batang daun sadri/daun bawang – hiris
  • 1 batang kulit kayu manis – sesuai selera

Bahan-bahan sos:

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Sedikit gula

Bahan-bahan kisar:

  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak.
  • Masukkan semua bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.
  • Setelah mendidih, bawang besar dan cili hidup. Saya guna cili hijau solok dari Kelantan. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.
  • Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Untuk ikan, boleh guna apa sahaja jenis ikan yang kita suka. Antaranya, ikan kembung, ikan selar, ikan jaket dan ikan bawal. Ikan goreng masak kicap pedas ni lah antara menu feveret time sekolah dulu selain asam pedas. Ini resepi my kakak sebenarnya. Disebabkan dulu suka sangat makan lauk ni, sekarang ni kerap masak lauk ni pula lah 🙂

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Pedas Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *